Golfing Time!

Sejak dua menjak nih aku ada hobi baru pulak, kalau dulu suka main bola besar (bolasepak lah tu), kemudian main bola kecik (hoki lah!) dan sekarang dah start main bola yang lebih kecik (golf lah tu…). Apa apa pun bolasepak ngan hoki masih aktif tapi bermusim lah, bila ada karnival time tulah baru main…..

Target aku dalam golf ni bukan apa, just social golfing tapi aku ada target tersendiri iaitu utk dapatkan handicap 18 by end of this year. Untuk itu aku dah jadi member KDRP (kelab golf tempat aku lah…)

Yang paling best hari ni main dengan geng2 aku yg dah lama, aku boleh belasah diaorang, kalau ikut stroke aku lead by 4 strokes! hihihi, aku rasa handicap 18 nih kacang jer lah….

Pasal padang golf, dah banyak aku jelajah, pendek kata kat terengganu nih dah habih dah round, yang selalu dok layan KGDD, Bukit Besi dan of course KDRP. Astana ngan Ibai pun best jugak, tapi sekali sekala lah bila ada “tournament”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge