selamat-hari-abah

Selamat Hari Abah!

Selamat Hari Abah! satu ucapan yang membuatkan aku terus ceria untuk hari ini (15/6). Hari ini kerja aku macam biasa, shutdown aku insyaAllah akan complete dalam seminggu lagi… the most critical works insyaAllah can be completed within next 2-3 days…

Hari ini juga aku dijemput untuk appreciation dinner di Awana Kijal by one of the “project owner” sebagai menandakan project mereka akan complete sedikit masa lagi… mula2 tu memang malas nak pergi tapi setelah dipaksa oleh Project Manager, terpaksalah aku pergi juga walaupun dalam keletihan… ketika menjamu selera tu, ada lucky draw… tak sangka dalam ramai2 orang tu nama aku naik untuk menerima hamper…. Alhamdulillah, my lucky day!

Aku tiba dirumah agak awal dari biasa, dalam pukul 11.15 malam, ingat nak layan cerita Heroes kat TV3 tapi tak sempat… tanpa ku sangka apabila tiba dirumah, anakku wanis belum tidur lagi… rupanya dia berpakat dengan ibunya buat surprise kat aku… taraaa aku dapat sebuah kad ucapan hari abah dan hadiah (tak tahu ada apa kat dalam sebab tak buka lagi…) kad tu anak aku yg tulis… of course dengan bantuan ibunya….

Thanks pada ibu, wanis, wakif dan juga “mama” diatas ingatan korang…. nanti aku bawa korang for a special dinner….:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge