Image-28518-29

Tasik Puteri Masters – Golf Tournament

Hari ini Sabtu (28/06) aku berpeluang menyertai kejohanan golf sempena berakhirnya GPP-6 Turnaround June 2008. Kejohanan diadakan di Kelab Golf Tasik Puteri di Bukit Besi, perjalanan dari rumah ke tempat kejadian mengambil masa kira 49 minit…. pukul 7.00 pagi aku dah bertolak bersama2 2 lagi rakan sekerja. Tiba disana lebih kurang pukuil 8.00 pagi, acara dimulai dengan aktiviti mengisi perut (breakfast lah…) sebelum tee-off jam 8.40 pagi.

kejohanan berakhir lebih kurang pukul 2.45 setelah sesi mengisi perut (lunch pulak) dan penyampaian hadiah. Jumlah peserta adalah 28 orang, manakala jumlah hadiah pulak adalah 28 unit…. ini bermakna semua orang mendapat hadiah…:) pemenang tempat pertama mendapat sebuah TV 21″ dan manakala pemenang tempat ke-19 (aku lah tu..) hanya mendapat sebuah periuk nasi elektrik beserta sehelai towel (yg ni semua orang dapat…)

Tiba dirumah lebih kurang pukul 3.45 petang…. ibu, anis & akif semua dah mengamuk pasal dah janji dengan diaorang nak pergi beli basikal baru anis kat dungun. Untuk pujuk mereka nih ‘terpaksa’lah abah belanja diaorang pizza hut…. habih RM30…:)

akif, nana & anis tengah makan pizza…:)

Untuk aku mencapai handicap 18, byk lagi latihan yg perlu dilakukan… ini bermakna byk lagi masa aku terpaksa aku habiskan diatas padang golf…:) Ini juga bermakna byk kali lagilah aku terpaksa belanja diaorang kat atas tu makan pizza, kfc, mcd dan sewaktu dengannya….. hihihi aku tak kisah janji aku tak perlu tidur kat luar…. muahahahaha!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge