mewarna

Family Day@KDRP

Agak lama juga tidak meluangkan masa menulis diruangan diari hidupku ini…. bukannya apa cuma masa tidak mengizinkan.

Hari ini, 2hb August, kami sekeluarga menyertai hari keluarga yang dianjurkan majikan tempat aku bekerja. Lokasinyer adalah KDRP, tidak jauh dari rumah hanya mengambil masa 15 minit untuk kesana. Kami sekeluarga bangun pagi tadi agak awal juga… dalam pukul 6.00 pagi…. tapi wanis & wakif bangun lewat sedikit…. kesian nak kejut diaorang awal2. Kami tiba di tempat kejadian dalam pukul 8.25 pagi…. selepas pendaftaran, kitaorang breakfast dahulu….

Hari keluarga tahun ni menggunakan tema hari sukan…. so kakitangan2 dan keluarga dibahagikan kepada 5 buah rumah yang berlainan iaitu hijau, biru, kuning, orange dan purple…. kami sekeluarga diletakkan dalam rumah purple.

Banyak juga acara yang disediakan, majoriti adalah untuk kanak2, wanis masuk acara mewarna sahaja…. sebab tu lah satu2 nyer acara untuk budak2 umur 5 tahun…:)

wanis ditemani ibunya sedang mewarna…

Antara program yang mendapat sambutan adalah kehadiran abang dut…. suka tengok budak2 semuanya happy….:)

abang dut sedang beraksi….

Kalau ikut aturcara program, ia akan berakhir pada pukul 3.00 petang…. tapi kami sekeluarga meninggalkan majlis tu dalam pukul 1.45 petang setelah majlis berhenti rehat sekejap. Kami tidak terus balik tapi terus ke Kijal mencari buah durian…. tiba2 nana nak makan durian pulak…. mengidam kot…:)

aku sekeluarga nak balik dah….

Kami tiba dirumah dalam pukul 2.45 petang…. semua kepenatan…. wanis dan wakif tertidur dalam kereta lagi. wakif sambung tido lagi kat rumah lepas tu…. wanis jer yg tak sambung tido…. dok buat kerja sekolah….. nana pun terus pengsan…. manakala aku juga pengsan selepas solat zuhur….

Kitaorang bangun dalam pukul 5.00 petang, terus sajer belasah durian yang baru dibeli…. alhamdulillah best jugak buah durian Kiajl ni…..

Okaylah…. wa blah dulu…..:) anyway gambar2 kat atas tu diambil dengan menggunakan kamera baru….:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge