Hoki-Gas

Petronas Gas Pamer Kehebatan!

Tanggal 11hb August 2008, pasukan hoki Gas Business telah berjaya merampas kembali kejuaraan hoki dalam Karnival Sukan Petronas Pantai Timur setelah hanya mampu muncul Naib Johan pada tahun lepas. Pada perlawanan pertama di peringkat kumpulan, Gas Business telah mengalahkan pasukan Oil Business dengan jaringan 12-1…. walaubagaimanapun pada perlawanan kedua, pasukan Gas Business tewas dengan jaringan 4-2 oleh pasukan PETCHEM, walaupun pada mulanya telah mendahului dengan jaringan 2-0.


Pada pertemuan peringkat separuh akhir, pasukan Gas Business telah berjaya menundukkan Johan tahun lepas iaitu pasukan Business Support dengan jaringan 2-1. Pada perlawanan akhir, pasukan Gas Business telah mengalahkan pasukan Gebeng juga dengan jaringan 2-1. Kemenangan pasukan Gas Business ini telah mengembalikan semula status pasukan paling digeruni di Pantai Timur….:)


aku, dua dari kiri baris belakang…:)


bersiar2 di TC sebelum perlawanan akhir…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge