FAMILY

Aidilfitri 1429/2008

Dah lama aku tak meluangkan masa menulis disini, kalau nak ikutkan takde lah sibuk sangat cuma masa yang aku ada cuma waktu malam…. itupun kena layan nana, wanis dan wakif…:)

This time, aku nak abadikan kenangan menyambut Aidilfitri 1429 dilaman ini, secara amnya persiapan Aidilfitri tahun ni tak lah grand sangat… at least utk diri aku sendiri…. takde baju melayu baru… untuk nana, wanis & wakif rasa2nyer banyak pasang jugak baju diaorang…:)


Me & family….


Nana & family…

Aidilfitri tahun ni kami sekeluarga beraya di Kg. Kelulut Marang… aku memang suka hari raya pertama kat umah nana…. meriahnyer lain macam, lagi satu wanis & wakif dapat byk duit raya kat sini… maybe satu lagi alasan bila dah beraya kat rumah nana, nanti boleh balik raya kat wakaf bharu lama sikit….:)

saudara-mara di pagi raya…

Seperti yang dirancang, kami bertolak balik ke kelate pada petang raya… bagi mengelakkan kesesakan lalulintas, kitaorang plan lalu jalan pantai terus ke tok bali seterusnya ke kota bharu… tapi tanpa diduga jalan dari tok bali ke kota bharu tuh memang slow giler… maklumlah jalan kampung. Kitaorang sampai kat rumah dalam pukul 8.04 malam.

Mula2nyer plan raya tahun nih nak ziarah kawan2… ingat nak pergi rumah Yo (Norlidawati), pahtu ke rumah Fauziana (classmate SK Kutan) dan juga rumah Edayu (schoolmate Fauziana kat SM Faris… pernah keje satu office kat Kerteh sekejap). Then kalau ada masa jugak nak pergi rumah Mat Rope (geng SERATAS), dia ada buat rumah terbuka hari sabtu…. maybe boleh jumpa kawan2 lain kat situ.

Tapi plan hanya tinggal plan…. maklumlah keadaan jalanraya kat kelate nih time raye… memang hancur…. last2 tak pergi mana2 pun… hanya sedara mara sahaja. Lagipun anak saudara aku kawin pada hari raya ke-2 lepas tu pegi antar pengantin pada hari raya ke-4.

Tambahan pula bulan November akan datang ni keluarga aku kat kampung bertambah2 sibuk…. yang pertama nak buat kenduri kawin adik perempuan aku iaitu pada 1/11… and then ayah aku dijadualkan terbang ke Mekah untuk menunaikan haji…. so far date belum tak confirm lagi…

Kami bertolak balik ke Marang pada hari raya ke-5 dan balik ke Paka pada hari raya ke-6…. letih tapi seronok….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge