DSC00389

one of my dream comes true

Minggu ni sungguh memenatkan, apa tidaknya most of the time duduk dalam kete jer…. bermula dengan hari Jumaat 21/11 kami sekeluarga seramai 4 buah kereta menuju ke Parit Raja, Batu Pahat dengan tujuan menghantar pengantin perempuan iaitu adik saya…:) tiba di Parit Raja dalam pukul 8.35 dan kita orang makan2 dulu then terus menuju ke rumah pengantin lelaki…. then kita orang tidur2 ayam kat rumah tumpangan… apa taknyer tidur2 ayam, 20 orang lebih dalam satu rumah yg kecik… hahahaha.

Pagi esoknyer kita menuju ke rumah Kak Ini di Tongkang Pecah sementara menunggu nasi masak di rumah pengantin… actually masjlis kenduri hari Ahad 23/11 dan kami datang awal sebab pada 23/11 tu kita kena hantar We ke airport untuk berangkat ke Tanah Suci Mekah… lepas makan2 dirumah pengantin kita orang bertolak balik dalam pukul 2 petang…. rasa penat giler sebab tidur yg tak cukup…

Selamat tiba di Paka dalam pukul 8.30 malam, aku dan keluarga decide untuk tidur dulu kat rumah dan bertolak balik ke KB esok pagi…. tapi lagi 3 buah kereta decide untuk meneruskan perjalanan balik ke KB malam tu jugak… dan dia orang tiba di rumah masing2 dalam pukul 2.30 pagi….

Esok pagi nyer 23/11, aku sekeluarga bertolak ke KB, perjalanan terus tanpa singgah di rumah mak mentua di Marang… coz nak kejar masa…:) tiba di KB dalam pukul 1.00 ptg. Petang tu kita orang ramai2 berpesta menuju ke Airport Pengkalan Chepa KB untuk menghantar We… tiba di rumah dalam pukul 8.30 malam….


Gambar keluarga..

betul ke tiket ni?

Esok paginyer 24/11 bertolak balik ke Paka, tapi on the way tu singgah kat Marang sekejap… keesokkannye 25/11 aku masuk keje….

26/11 tengahari aku sekeluarga bertolak ke KL, kerana aku kena attend satu meeting kat Twin Towers… so kita orang sampai KL dalam pukul 8.00 malam dan terus menuju ke Kg. Baru untuk makan malam… the check in kat Traders Hotel, KLCC. Ni first time duk hotel ni, mula2 tu pening juga cari hotel ni especially dianyer parking… bukan apa sebab confuse coz parking dia sekali ngan parking KLCC. Overall best jugak dok hotel ni maklumlah hotel baru… lagi satu dekat dengan tempat makan… senanglah Nana dan anak2 untuk makan.


Berposing di Traders Hotel, KLCC

Kalau ikut jadual meeting aku dijangka habis dalam pukul 5 petang so kita plan untuk balik keesokan harinya 28/11… tu pun kena balik pagi sebab petang tu wanis ada rehearsal untuk graduation day pada 29/11. Mula2 plan nak sambung pergi bercuti… eithe rkat PD or Melaka tapi nak wat camne…. Aku habis meeting dalam 12 lebih, lepas makan2 ala kadar (1st time makan donkin donut..:) then kita decide untuk terus balik…. on the way tu kita plan nak singgah kat Zoo Negara…. last time kita orang pergi masa tu wanis umur 3 tahun tak silap…. sekang wanis dan 5 tahun dan wakif dah almost 2 tahun… so masa yg agak sesuai sebab wakif dah pandai sikit…. pandai? semua binatang dia panggil lembu… zirafah pun lembu… gajah pun lembu…:)


Kat atas tu ada 2 ekor monyet..:)


Panjangnyer tengkuk dia…


Pandai juga wanis tangkap gambar…


Ni Abah yg tangkap…:)

Then kita orang bertolak balik ke Paka, on the way singgah makan kat Petronas Bentong… makan nasi kat situ… banyak pilihan, tapi mahal lah sikit… sampai rumah lebih kurang pukul 10 malam… lepak2 kejap terus tido… letih betul…. satu minggu yang meletihkan tapi menyeronokkan…:)

2 thoughts on “one of my dream comes true

Leave a Reply to ojah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge