kambing-hidup

Aqiqah – Wakif Amsyar

Setelah lama tertangguh, Alhamdulillah pada Jumaat lepas 27/2 telah selamat berlangsung majlis aqiqah untuk Wan Akif…. itupun setelah 2 tahun. Memang dah berniat nak aqiqahkah 2 ekor kambing… kambing2 tersebut aku booking dari ladang kat Marang… harga RM1,200 untuk 2 ekor sekali dengan sembelih dah lapah.


Memang telah menjadi pilihan aku, buat aqiqah kat rumah NaNa… bukan apa kat sini lebih meriah dari kat kampung aku sendiri…:) ramai saudara-mara dan orang kampung datang. Tak ketinggalan juga keluarga aku datang dari KB… hanya satu kereta, We, Ghani & Mok Cik beserta sepupu sorang yg sebaya Wanis. Nak dijadikan cerita kereta yang dipandu Ghani pecah tayar terlanggar konkrit longkang… nasib baik dah dekat rumah.

Pada sebelah malamnya pulak, berlangsung majlis pertunangan adik ipar aku… kiranya adik NaNa lah..:) Waty namayer…. so kiranya hari tu memang sibuk giler….


Pagi Sabtu, 28/2 aku bertolak balik ke Paka, sebab We nak tengok rumah aku… tambahan pulak Ghani ada kerja kat area Kerteh. We sekeluarga bertolak balik ke KB lebih kurang pukul 4.30 petang.

Keesokkan pagi, Ahad 1/3 aku kena attend Post Mortem session untuk projek aku baru2 nih kat Holiday Villa Cherating. Aku bermalam kat sana sebab keesokan harinya ada acara team building pulak untuk projek aku yg akan datang… petang 3/3 baru balik rumah itupun selepas layan golf kat Awana Kijal…. sekarang dah gian tahap gaban nak main golf…:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge