akif2

Hockey Trip to Kuantan

Dah agak lama tak luangkan masa menulis… last week 22-24th May seperti tahun2 lepas aku menyertai pasukan hoki mewakili Gas Business untuk Karnival Sukan Pantai Timur kat Kuantan… hihihi tak sangka aku masih aktif main hoki…:)

Tahun ni kitaorang lepak dekat Vistana & Seri Malaysia….

Tahun ni game taklah teruk sangat, laluan untuk muncul juara nampak macam mudah walaupun stamina takder… pada peringkat kumpulan Gas Business menang 2-1 dengan Petchem… aku score sebijik… game kedua belasah Oil Business 5-0, sekali lagi aku score sebijik. Peringkat separuh akhir menang dengan Gebeng 3-2, kali ni aku tak score tapi tangan aku injured… sampai sekarang masih sakit… nak main golf pun tak selesa…:) Then final sekali lagi jumpa Oil Business and this time menang 3-1… so Gas Business berjaya mengekalkan kejuaraan tahun lepas….

Cerita pasal rumah, 1st apartment aku kat shah alam dah hampir selesai cuma tunggu valuer report sebelum bank disburse loan… hopefully soon boleh settle coz lepas ni aku nak buat home extra loan… nak amik duit sikit. Pada masa yg sama aku dah start project ke-2, yg ni survey amik masa lama sikit… survey sampai 5 apartment… last2 decide utk masuk astaria apartment, taman kosas. Tarikh lelongan adalah 28th May 2009.

Alhamdulillah, kerja dipermudahkan… sekali lagi aku menang RP RM 85,293.00 rasa mcm tak percaya dalam sekelip mata aku dah ada 2 apartment…:) actually akunyer target this year 1 jer sebab ni kali pertama main rumah lelong…. tapi dalam hati (stretch target) aku nak dapatkan 3 biji tahun ni… InsyaAllah selesai jer hone extra aku utk rumah pertama, aku akan start project ke-3 maybe dalam bulan 9-10 tahun ni.

Target aku nak ada 20 rumah/apartment sewa dalam masa 5 tahun… maknayer pada tahun 2014 InsyaAllah matlamat aku tercapai… boleh ke? InsyaAllah….

Baru2 ni juga, aku belikan wakif basikal baru… memandangkan dia dah agak besar 2++ so sedang elok boleh main basikal dgn wanis…. senyum sakan tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge