DSC01400

Weekend Activities @ KL

Dah agak lama tak turun KL, maklumlah takde urusan rasmi tapi last weekend 28/6 walaupun takde urusan rasmi…. suka2 turun KL. Tujuannyer adalah untuk jumpa geng2 SERATAS lama, kitaorang berpiknik di Hutan Lipur Lentang…. bertolak dari rumah pukul 7 pagi, sampai kat Lentang dalam pukul 11 pagi. Kalau ikut plan memang nak mandi manda… tapi bila tengok air sungai dah macam air teh tarik…. frust giler…. sebab hujan malam sebelumnyer…. wanis & wakif lagilah frust, baju mandi semua dah bawak tapi takleh mandi….:)

Ramai juga kawan2 SERATAS yang datang… jihe, sani, saiful, mat dan, mat nyot, pudin, wan J, ossi, anita, yanti, yulia…. masing2 bawak family… so memang meriah. Lama juga kitaorang lepak kat situ…. then check in kat Quality Hotel…. senang sikit nak pi shopping kat sogo…. malam tu kitaorang shopping sakan kat sogo…. aku beli seluar jeans levis… baju budak2 sikit… nana pun 2-3 helai baju…. lepas tu pi makan kay ani sup utara…. then balik tido… penat!

Esok pagi lepas breakfast kat hotel… terus check out then pegi CIMB kg baru untuk sign LO untuk apartment yg aku baru menang kat ampang…. lepas tu menuju ke lawyer office kat area PJ…. sesat lah juga…. ni 2nd time pergi sana… first time ikut orang…. habis urusan kat sana terus cabut balik paka….. best juga trip this time walaupun penat…. tapi berbaloi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge