Digital StillCamera

Weekend Activities @ Kuantan

10th – 11th July 2009, department aku buat away day kat kuantan…. aku bawa sekali NaNa, wanis dan wakif…. program bermula lepas jumaat sampai petang… then bawa family gi makan lepas tu workshop sambung sampai lebih kurang pukul 11 malam…..

Esok paginyer ada program CSR, iaitu melawat pesakit2 hemodialisis di Pusat Hemodialisis Islam Makmur Kuantan…. memang sedih tengok pesakit2 kat situ…. kebanyakan warga tua tapi ada juga yang masih remaja…. diaorang terpaksa buat hemodialisis 3 hari sekali…. bayangkanlah itulah rutin mereka setiap minggu…. memang siksa…. aku bawa sekali NaNa dan anak2 so diaorang boleh rasa sendiri pengalaman tengok org yg tak bernasib baik…..

Lepas tu kitaorang pergi melewat seorang makcik tua…. manusia tertua kat area kuantan atau pahang kalau tak silap aku…. umur rasanyer 120++ aku tak berapa ingat….. kemudian melawat cucu makcik ni yg kemalangan….. budak muda lagi… masih bersekolah…. accident motor, jadi lumpur seluruh badan…. kesian sungguh…. kesian ibu bapa dia…. dahlah dia anak tunggal….

Sebelah petang pulak kitaorang join program kem motivasi untuk sekolah angkat syarikat aku… iaitu sek keb kemasik dan sek keb santong. Program ini dibuat di Semuji Agro Resort, ia sebagai persiapan diaorang untuk menghadapi UPSR yg bakal menjelma…. aku pun pernah menjadi tutor untuk budak2 sekolah angkat ni…. memang rasa berbangga dapat menyumbang sesuatu pada local community….. hopefully diaorang akan berjaya dalam UPSR dan seterusnya menjadi insan yang berguna…. amin!

Sambil2 lepak di Semuji tu, kitaorang belasah makan durian…. durian2 kat sini memang kelas A lah…. semuanyer best2.

Balik dari Semuji kitaorang singgah pulak kat rumah BOS, iaitu di Bandar Indera Mahkota… kat sini dijamu lagi dengan buah durian…. hahaha puas makan durian…. tengkiu bos!

Sampai rumah dah malam…. mandi2 terus tido… penat beb…. tapi pengalaman yg tidak dapat dilupakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge