IMG_0358

Astaria Apartment (Ampang) – Part II

Semalam, 01/12/09 tenant baru telah memasuki Astaria setelah hampir sebulan kosong. Dalam tempoh tersebut juga aku mengambil kesempatan untuk membuat ‘minor repair’ untuk unit tersebut. Untuk unit kat Ampang ni aku tak risau sangat sebab permintaan memang tinggi, letak jer iklan pasti ada yang sambar.

Bermula semalam juga, aku telah mula membayar installment untuk unit ini, yang berjumlah RM360. Ini bermakna segala urusan ‘documentation’ telah hampir selesai… cuma tinggal urusan tukar hakmilik sahaja. Terima kasih buat lawyer Ram Reza yang telah berjaya menyiapkan segala urusan dalam masa yang ditetapkan (selepas extension 3 bulan – interest free).

Untuk rekod, apartment seluas 894 sq.ft ini aku perolehi melalui proses lelongan dengan berjaya mendapatkan reserve price RM85k. Unit ini juga merupakan apartment ke-2 yang aku perolehi melalui proses lelongan.

Sebenarnya seperti mana yang diketahui umum, proses membeli property ini agak rumit samada melalui proses lelongan atau secara biasa. Disamping itu banyak kos2 yang terlibat antaranya legal fee (included didalam loan + dibayar terus ke pihak lawyer. Dalam kes Astaria ini, sebanyak RM2,189 yg terpaksa dibayar sendiri ke pihak lawyer, RM2,511 lagi included dalam loan.

Selain itu, kos2 repair juga perlu diambil kira. Sebanyak RM830 terpaksa dikeluarkan untuk kerja2 minor repair. Tunggakan maintenance fee (termasuk tunggakan bil air) yang berjumlah hampir RM2,000 juga terpaksa aku tanggung. Secara keseluruhannya aku telah habiskan hampir RM5,000 untuk semua itu, itu pun tidak termasuk 10% deposit dan agent fee. Berbelas2 ribu juga tu modal yang diperlukan…. ini baru satu apartment. So siapa kata pelaburan hartanah ini senang?

Untuk pulangan pula, sewa yang dikenakan adalah RM650, ditolak dengan monthly maintenance fee RM87, baki adalah RM563. Ditolak dengan monthly installment yang berjumlah RM360, bersih yang aku terima adalah RM203… kalau lepas ditolak dengan management fee (aku guna agent untuk uruskan rumah sewa) dapatlah betul2 bersih kat aku RM138… hihihi kira oklah… macamlah aku boleh uruskan sendirikan…. logistik nyer hal.

  


Seperti yang dikongsi sebelum ini, apartment ini aku nak jual terus jer kalau ada orang nak… kira cincai confirm murah dari market value dan masih dapat positive cash flow dari rental. Aku kena jual apartment ni sebab nak buat modal pusingan… maklumlah byk lagi rumah yang aku kena beli untuk capai target…:)

Ada sapa2 nak beli?

3 thoughts on “Astaria Apartment (Ampang) – Part II

  1. noreply@blogger.com'jidood

    salam tuan,

    nampak mernarik with the location…

    how about the facilities and surrounding?

    how much u wanna sell?…

    tq

    jid 0162272158

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge