Nov09

Forex Trading – Each time you make profit, take it!

Dah lama tak bercerita pasal forex, maklumlah baru2 ni sibuk sikit perihal rumah lelong… Alhamdulillah untuk tahun ni dah boleh stop dulu survey rumah lelong… next year akan aktif balik selepas re-structure balik akunyer overall finance.

Kali ni nak cerita pasal forex, diam tak diam sudah 2 tahun lebih aku berkecimpung dalam dunia forex ni. Macam2 fenomena, situasi ekonomi telah aku tempuhi… selama 2 tahun lebih jugak aku jatuh bangun dengan forex. Pernah satu ketika aku buat profit 20-30% sebulan (oklah for beginner)… maintain.

Tapi langit tak selalu cerah, dalam keghairahan buat profit… tiba2 market jadi tak menentu… masa tu akhir tahun 2007. Itulah permulaan krisis ekonomi dunia… masa tu aku kena total loss (margin call) dibawa arus kejatuhan mendadak matawang USD masa tu. Sesuatu yang tidak ku jangka tapi merupakan pengalaman berharga buat ku.

Semua itu tidak membuatkan aku serik, banyak buku2 forex aku baca, forum2 forex aku sertai… kat situ aku mula belajar balik… baru betul2 tahu apa itu Technical Analysis (TA) dan apa itu Fundamental Analysis (FA). Masih tercari2 trading system yang suit dengan akunyer style… seperti kebanyakan orang cakap, mencari ‘holy grail’.

Sekarang aku dah ada trading plan sendiri… trading rules sendiri… bolehlah slow2, sekarang pun masih lagi belajar…. ilmu forex ni luas dan tak terbatas. Trading plan aku ni dah tested & proven… InsyaAllah profit. Buat masa ni aku hanya target 10% sebulan… dah berbulan2 aku maintain tu… next target dalam masa 3 bulan aku nak gandakan 10% profit value tu. Kalau sekarang $100/month, dalam masa 3 bulan aku nak jadikan $200/month. InsyaAllah dah nampak jalan.

Profit for November 2009 

Dengan $100 tu aku dah boleh cover monthly installment untuk VIVA 850 aku… tapi untuk cover stream aku tu lambat lagi lah gamaknyer…:)

“Each time you make profit, take it – wakif”

p/s :
1. Aku ada 2 ebook asas forex bahasa melayu (baik punyer)… sape nak mesej aku… FOC
2. Sapa2 nak register dgn broker forex boleh klik kat banner instaforex kat atas tu…. aku boleh bagi 60% reff commission back!

7 thoughts on “Forex Trading – Each time you make profit, take it!

  1. noreply@blogger.com'pOwG

    salam wakif,

    saya antara budak baru yang berminat untuk blaja forex.. n kalo modal da besa nanti maybe saya pn nk involve dlm property investment cm wakif gak.
    insyaallah..

    Saya berminat ngan buku forex e-book tu.. kalo leh nk mula ngan wat investment untuk diri sendiri dlu.. iaitu cari ilmu dulu.. hehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge