DSC02311

Take A Break!

Rasa2nya dah lama tak pergi bercuti jauh2, mula2 plan nak pergi Langkawi tapi tak tahu macam mana boleh sampai kat Cameron Highland. Maybe sebab ada kawan ajak kot… satu lagi attraction maybe kat Cameron ada padang golf…:)

Ahad 20/12 bertolak ke KL coz aku ada meeting kat Twin Towers pada 21/12 walaupun sebenarnya aku sedang bercuti. Tak sampai hati tak pergi meeting sebab ni meeting project baru, kalau tak pergi mesti banyak yang tertinggal… lagipun banyak benda yang aku kena catch-up sejak join PRR ni. Walaubagaimanapun sempat juga kitaorang ‘bercuti’ kat KL, jalan2 kat KLCC Park dan window shopping at Suria KLCC. Kitaorang stay kat The Traders.

Lepas meeting dalam pukul 2.00 kitaorang bertolak ke Cameron Highland, rasa2nya ni lah first time menuju ke Utara melalui PLUS highway. Sempat makan dan solat di Restoran Jejantas di Sungai Buloh… lepas tu terus memecut ke Tapah sebab kalau boleh tak nak sampai kat Cameron waktu malam. Jalan dari Tapah Ke Tanah Rata memang bersimpang siur dan agak berbahaya… nyaris2 Anis nak muntah. Sampai kat Tanah Rata dalam pukul 6.05 petang dan terus check in kat Carnation Apartment… plan nak stay 2 malam.


Malam tu pergi makan dan jalan2 kat Tanah Rata dan Brinchang… survey2 tempat dulu. Cuaca kat sini agak sejuk, nasib baik dah prepare baju sejuk untuk budak2 tu. Lepas survey2 tu terus balik tidur… penat beb. Esok pagi nak gi main golf pulak…:)


Esok pagi2 buta selepas breakfast dah tercegat di Kelab Golf Sultan Ahmad Shah, kalau pasal golf pagi2 buta pun bangun… hihihi. Plannyer nak main 2 orang jer, mula2 tu kelam kabut jugak lah main maklumlah 1st time main kat sini… satu PAR pun tak dapat… adeehhh. Habis main dalam pukul 12.05, kira cepatlah sebab main 2 orang.


Tengah hari start gi jalan2 lepas lunch kat Tanah Rata. Destinasi pertama adalah ke Taman Rama2… tiket nak masuk RM5/dewasa dan RM3/kanak2. Tak banyak pun rama2 dalam tu, tapi kira oklah boleh bawa budak2 tengok rama2. Kemudian ke Cactus Point, jalan2 tengok pokok cactus… sempat beli 3 anak pokok cactus.

Lepas tu menuju ke Ladang Teh Cameron Valley, anak2 nak tengok pokok teh… lepas amik2 gambar  dan beli teh sebagai souvenier kitaorang terus balik apartment. Tak lama lepas tu kitaorang keluar balik untuk pergi ke Pasar Malam Brinchang… maklumlah dah lapar balik. Tempat ni memang meriah sampai takde tempat nak park kereta.


Esok Pagi 23/12, sambung golf pusingan ke-2, kali ini memang niat nak improve game semalam… tak puas hati beb! Nasib baik game hari ni menjadi sikit, aku dapat 4 PAR, partner aku tu dapat 3 PAR… huhuhu baru puas hati, next time boleh buat trip lagi ke sini.


Lepas golf, terus check out, plan nak pergi petik strawberry… hampir kesemua ladang pergi tapi tak dapat petik sebab takde buah masak… huhuhu frust jugak. Akhirnya beli jer starwberry kat kedai. Lepas beli buah2 dan souvenier terus kitaorang teruskan perjalanan balik, kali ni plan nak singgah dulu kat Kota Bharu. Sampai rumah KB dah pukul 9.05 malam, pukul 10.00 dah tidur.


Esok pagi 24/12 lepas shopping kat KB Mall, terus menuju balik ke Paka, on the way singgah dulu rumah mentua di Marang… lepak lebih kurang 1 jam terus menuju balik ke Paka. Fuhh letih giler jalan2, ada lebih kurang 5 hari… kebanyakan masanyer on the road!

2 thoughts on “Take A Break!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge