Azam 2010

Sedar tak sedar tahun 2009 telah meninggalkan kita, masa dirasakan terlalu cepat berlalu. Kini adalah masa untuk kita review balik apakah pencapaian yang telah kita capai untuk tahun 2009 disamping menetapkan azam untuk tahun 2010.



Azam 2009 aku simple saja, iaitu untuk mempunyai 3 buah rumah, itupun berlaku secara spontan. Alhamdulillah aku telah berjaya dapatkan rumah ke-3 aku tak silap pada bulan July 2009. Azam yang lain2 memang takde…:)


Untuk 2010 aku cuba menetapkan azam yang lebih komprehensif dan spesifik.


Azam#1 – Kerohanian
Tahun ni aku target untuk mendaftar haji, walaupun akaun tabung haji dah ada, tahun 2009 belum terbuka hati nak mendaftar. Tahun ni InsyaAllah aku akan daftarkan 3 orang sekali gus iaitu aku, NaNa dan juga Bonda. Target untuk pergi insyaAllah sebelum umur aku 35 tahun…. InsyaAllah dipermudahkan. Yang lain2 tu aku berazam untuk jadi insan yang lebih baik dari tahun2 lepas…:)


Azam#2 – Kewangan
1. Property Investment – long term target aku untuk mempunyai 15-20 buah rumah dalam masa 5 tahun, ini bermakna aku kena dapatkan secara purata minimum 3 buah rumah dalam masa setahun. Wow! rasanya memang susah ni…:) So target tahun ni adalah 3 buah rumah. Honestly aku tak tahu lagi macam mana nak buat ni….



2. Unit Trust – aku akan maintain dan cuba tambah pelaburan dalam Public Mutual dan ASB. Termasuk untuk NaNa, wanis & wakif.



3. Forex -short term plan, aku akan cuba dapatkan $200/bulan bermula bulan March 2010 dan insyaAllah $300/bulan pada akhir tahun 2010. Untuk rekod, sekarang aku berjaya maintain $100/bulan. Plan ni nampak agak konservatif…. tapi tengok dulu, later boleh review balik.


Azam#3 – Karier
Tahun ni target kena lulus CBI, sekali assessment sahaja. Only CBI coz ACD aku dah lepas. CBI ni benda baru, banyak yg aku kena belajar lagi… belajar macam mana nak jadi pihak management.

Azam#4 – Healthy Life Style (Golf ler…hihihi)
Tahun ni aku kena kurangkan handicap, dari segi bilangan stroke aku target bawah 95. Sekarang dah boleh sekali sekala main bawah 100 strokes… so kena main kuat lagi ni… hahaha



Azam untuk tambah ahli keluarga baru, aku tangguhkan dulu at least hingga tahun 2011…. bagi aku wanis dan wakif dah cukup buat kami untuk masa ni. Rutin hidup aku juga akan berubah, dimana wanis akan masuk standard 1 di SK Paka II… sekarang dah terikat dengan jadual waktu persekolahan…:(


InsyaAllah dengan perancangan yang ada, aku akan mencapai semua azam2 ni…. Amin!

8 thoughts on “Azam 2010

  1. noreply@blogger.com'Matjoe

    bro, thanks for leaving the comment.
    wish you all the best in 2010, tambah sorang lagi baby ok kot. muahaha

    golf – jgn jadi tiger wood cheating on her wife dah lerr

    stream – wow, your next car must be odyssey. once a Honda, you’ll be a Honda forever

    Reply
  2. noreply@blogger.com'Matjoe

    senior. Assemekom bang!
    laa aku dh 3-4 kali tgk gambar still xleh ingat lagi muka ngko. takpe laa, maybe ko low profile time skul dulu. small blogsphere i guess.

    Reply
  3. Pingback: Throwback | The Other Side Of Me!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge