DSC02614

ASB vs. Unit Trust vs. Takaful

Bagaimanakah anda menabung untuk pendidikan anak2?
1.       Simpanan dalam ASB
2.       Simpanan dalam Unit Trust
3.       Simpanan Tetap
4.       Insurans/Takaful Pendidikan
Bagi aku, keutamaan adalah Takaful Pendidikan. Kenapa? Kerana apa yang aku perlukan adalah elemen perlindungan – perlindungan kepada anak2 itu sendiri dan juga perlindungan kepada ibubapa (pencarum). Perlindungan kepada anak2 dan ibubapa (pencarum) seperti kematian, TPD dan juga daripada penyakit kritikal.
Perlindungan untuk ibubapa (pencarum) jika berlaku perkara2 diatas secara automatik simpanan (premium) setiap bulan akan diteruskan oleh syarikat Takaful sehingga tempoh matang (umur anak 25 tahun). Kenapa premium boleh dianggap sebagai simpanan? Ini adalah kerana Takaful Pendidikan yang dipilih adalah jenis investment-linked dimana sebahagian dari premium akan dimasukkan ke akaun Unit Trust untuk tujuan pelaburan.

Untuk Wanis, aku mengambil Takafulink Cerdik dari PruBSN, manakala untuk Wakif aku mengambil MAA Takaful… lebih kurang sama saja dari segi benefit. Kenapa sorang PruBSN dan sorang lagi MAA? Yang ni tak boleh nak jawab secara teknikal….:)

Untuk Takaful Pendidikan ini, premium dibayar secara tetap setiap bulan…. so memang konsisten. 
Banyak lagi benefit yang anda boleh pilih sebagai contoh Medical Card – untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. Tetapi bagi aku itu semua tak perlu kerana semua itu telah ditanggung oleh pihak majikan aku bekerja.
Untuk pilihan ke-2 barulah dimasukkan kedalam ASB/Unit Trust secara ‘ikut suka aku’… hahaha. Contohnya bila time dapat bonus, duit raya diaorang ataupun bila2 saja ada duit lebih….
Sekadar berkongsi. Anda bagaimana?

3 thoughts on “ASB vs. Unit Trust vs. Takaful

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge