epf

Dividend EPF 5%?

Berkurun aku terpaksa tunggu untuk membuat pengeluaran EPF bagi tujuan mengurangkan pinjaman perumahan… bukan salah sesiapa cuma dokumen tidak lengkap (borang 16A). Susah betul nak dapatkan borang 16A ni, sehingga aku terpaksa menggunakan khidmat orang dalam di pejabat tanah untuk mendapatkan copy. Itupun atas pertolongan seorang sahabat.

Secara ringkas, dokumen2 yang diperlukan:

1. Borang KWSP 9
2. Salinan IC
3. Penyata Baki Pinjaman
4. Surat Kelulusan Pinjaman
5. Salinan S&P
6. Borang 16A

Proses melibatkan pihak EPF biasanye mengambil masa lebih kurang 21 hari bekerja… lama gak tu, lebih kurang sebulan. Aku submit borang tu pada 06/01 dan dapat cek pada 07/02… memang sebulan! Aku keluarkan habis simpanan dalam akaun 2 untuk kurangkan baki pinjaman rumah pertama. Ini hasilnya….:)

Next step, aku akan apply loan untuk refinance balik rumah tu, dah pun jumpa CIMB officer kat Paka, rate sekarang BLR/BFR – 1.70. Memang rate agak tinggi sikit berbanding last year dimana aku dapat rate BLR/BFR – 2.05 untuk dua2 apartment aku last year… but the rate is still attractive. Walaubagaimanapun aku kena tunggu sampai early March baru boleh submit application sebab payment yang aku buat dengan duit EPF tu hanya akan effective dalam account statement bulan March… aku perlukan statement tu untuk apply loan. So masih menunggu.


Dengan duit tu nanti banyak plan yang aku nak buat… semestinya untuk property investment sahaja…. tgh consider nak buat OD/ASB dengan duit tu…


Mahu penerangan lebih lanjut pasal skim2 yang ditawarkan EPF? boleh klik sini <– Blog kawan aku ada cerita pasal benda ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge