Belum Rezeki…

Dalam bulan Ramadhan ni dah 2 kali aku masuk auction… dua2 unit yang aku masuk tu tak dapat. Unit di Kajang (Dahlia Apartment) called off dan unit di Kepong (Vista Magna) kalah pada RM91K.
Biasalah tu… auction sekarang bertambah competitive, orang dah mula ada kesedaran tentang pentingnyer membuat pelaburan dalam property. Satu perkembangan yang sihat. Bagi aku, akan terus cuba untuk dapatkan 2-3 property lagi tahun ni… InsyaAllah ada rezeki nanti.

 

Selain daripada tu ada satu condo yang lokasi nyer memang strategik, betul2 disebelah stesen komuter…. RP pun memang murah cuma RM116K sahaja. Tapi aku memang takkan masuk unit ni, sebabnya? tengok gambar dibawah, lokasinyer dikelilingi kubur cina…. errr tak mahu lah aku tak pasal2 kena kacau dek hantu cina…. hahaha!

 

pemandangan yang aman damai….. ada sapa2 yang nak ke? murah ni beb!

One thought on “Belum Rezeki…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge