bto

cerita aku…

Dah lama tak ber’blog’ tiba2 rasa nak menulis pulak, maybe disebabkan mood 1st day puasa….:)
Banyak benda yang berlaku since my last post in May.
Mula2 nak cerita pasal golf, tak tahu kenapa tiba2 rasa takde mood nak main golf… maybe selepas injured masa main hoki hari tu kot. Sampai sekarang tangan ni masih sakit2, hari tu ada try main kat KGRP ngan Shuk & WMarzuki tapi hanya sampai lubang 6 dah tak tahan sebab sakit… terus cabut. Sekarang ada masa rehat sebulan, tengok dulu macam mana, kalau mood tu datang balik dan tangan pun dah OK maybe boleh sambung balik….
Cerita pasal property, ada juga tengok2 listing baru tapi masih  belum berpeluang masuk auction. InsyaAllah bulan ni dan seterusnya akan cergas masuk auction, itupun jika ada listing2 yang menarik. Sejak dua menjak ni tak banyak list yang menarik, kalau ada pun harga RP tak berapa menarik… rasa2nya sukar jugak untuk capai target tahun ni. Last time aku ada cerita pasal refinance rumah (dah lama ni), baru sekarang proses tu dah settle, cek pun dah ada kat tangan… maybe rezeki bulan Ramadhan.
Cerita pasal forex, Alhamdulillah trading aku macam biasa… cuma rasanya dah tiba masa nak jadikan trading ni sebagai ‘real’ pelaburan ataupun sebagai bisnes. Target aku dalam forex ni bukan besar mana pun cuma dah janji nak beli ‘swift’ kat wife aku, itupun kalau dia nak ler… hahaha.
Cerita pasal Score A, website http://www.belajartuisyenonline.com/ aku dah selamat upgrade… jauh beza masa mula2 aku ‘dapat’ website tu. Bermula dari sini banyak benda aku belajar, jap lagi aku cerita.
Sejak ada Score A ni, pelajaran Anis semakin teratur… minat untuk belajar semakin bertambah dan Alhamdulillah dah nampak sedikit hasilnya… keputusan peperiksaan Anis semakin improve, baru ni dapat No.3 dalam peperiksaan OTI3… berbanding dengan No.8 semasa peperiksaan pertengahan tahun. Hari tu ada janji  dengan Anis kalau dapat No.1-3 Abah & Ibu nak beli basikal baru… so InsyaAllah dapatlah Anis basikal baru! Terharu bila tiba2 Anis cakap dia nak belajar sungguh2…:)
Sekarang nak citer tentang benda2 baru yang aku belajar bermula dengan http://www.belajartuisyenonline.com/, mula2 sekali ni lah first time aku ada website sendiri… baru mengenal apa itu domain, hosting, ftp, html, frontpage, etc. Projek pertama, aku upah orang… ni hasilnya (selepas aku sendiri upgrade, jauh beza masa mula2 launch dulu).
Nak dapat hasil yang macam ni aku kena belajar satu lagi benda baru iaitu Adobe Photoshop CS4, yang ni untuk buat grafik (header, footer, etc). Sekarang dah boleh buat sendiri.
Kemudian aku belajar buat MINISITE, untuk marketing purposes, hasilnya disini http://www.scorea.belajartuisyenonline.com/. Aku tak guna domain baru just guna subdomain sahaja. Ini projek aku yang ke-2.
Projek aku yang ke-3 yang ni http://www.ectradergroup.com/, berkonsepkan Minisite juga sebab content dia simple. Ini aku guna domain dan hosting baru… 100% aku buat dari ZERO. So untuk website ni sapa2 forex trader atau yang nak berjinak2 dengan forex boleh register account kat sini, so u all akan dapat commission back! huh promote pulak…:)
Bak kata orang, kalau minda kita positif… macam2 kita boleh buat. Ada lagi projek dalam kepala ni, lepas ni kena belajar buat flash banner dan nak kena set-up cara nak terima payment guna credit card. Alhamdulillah semuanya kerana http://www.belajartuisyenonline.com/
Persiapan raya? hihihi awal lagi kan….:) persiapan anak2 dan isteri semua dah settle. Macam last year jugak kitaorang shopping kat KB>Kuantan>KL. Semua tu dah dapat 3-4 pasang baju raya setiap sorang. Aku? so far takde apa2 lagi…. cukuplah dengan kain pelikat dan kopiah….::)

Sekian. 
Selamat beramal di bulan Ramadhan yang mulia ini.

6 thoughts on “cerita aku…

  1. noreply@blogger.com'wakif

    Hani : yg paling penting anak2 & isteri kan? hahaha selamat bepuasa!

    Farhan : slow2 belajar, seronok dapat belajar benda baru yg kita minat… aku ada email ko tu… nak start projek yg dah lama tergendala…:) selamat berpuasa!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge