Property Investment – Disebalik Tabir

Aku rasa ramai yang teruja bila baca kisah2 pasal property investment ni, mana taknya beli rumah beb puluh2 ribu malah ratus2 ribu tu… tengok gaya macam beli mainan jer…:)
Kali ni aku nak share kisah2 sebalik tabir pasal property investment ni… tu pun setelah baca kisah ni do we really make money being landlords? Pada dasarnya memang boleh buat duit dengan property investment ni tapi kena consider 3 perkara utama ni dulu.
1. Deposit untuk beli rumah especially rumah lelong – at least kena ada 10% + 5%, deposit biasanya 10% dan 5% lagi tu untuk perbelanjaan lain seperti legal fee, outstanding maintenance fee (ada yg bank tak tanggung… kadang2 kena bayar dulu then claim balik kat bank), repair, etc.
so ingat 15% ni dah ‘beku’ dalam tempoh yang lama… kalau nak refinance pun kena ambil masa lebih kurang 4 bulan + 4 bulan baru dapat duit. So yang ni kena betul2 faham dan kena ingat investment rule#1 – invest only with your excess money… jangan sekali2 guna duit perbelanjaan atau simpanan kecemasan.
2. Duit sewa – monthly installment = +ve cash flow based on simple calculation…. tapi ingat kadang2 malah selalu juga ia akan menjadi -ve cash flow…. bagaimana? kalau rumah tu kosong selama sebulan macam mana? kalau 2 bulan? 3 bulan? lu pikir lah sendiri… tu tak termasuk bermacam2 jenis cukai lagi, maintenance fee, etc
so? janganlah simply buat calculation yang wang sewa bulanan yang kita dapat tu menjadi sebahagian daripada ‘income’ kita….
3. Bagi pelabur yang ‘jauh’ macam aku ni terpaksalah guna khidmat property agent… bila guna khidmat diaorang ni kena lah bayar service fee… banyak ke sikit? bergantung pada kiraan masing2… contoh kos untuk survey sebijik rumah biasanya dalam lingkungan RM150-Rm300… so lu kiralah sendiri…. kalau kita ‘turun’ pi survey sendiri maybe kosnya lebih tinggi… duit minyak, duit tol, duit makan, etc. 
Itu baru kos pergi survey 1 rumah kalau 2 rumah? 3 rumah? hahaha pikirlah sendiri…. itu baru kos survey tau… kos pergi auction, kos uruskan lawyer, uruskan loan…ribu riban jugak tu!
so? do your own math!
Conclusion based on my own experience… nak invest dalam property ni kena pikir 3-4 kali tapi jangan terlebih pikir pulak, kan sampai bila2 tak beli property…:) so best ke tak best invest dalam property ni? tepuk dada tanya selera….
p/s: ni semua point2 yang ‘cont’, nanti next post aku share point2 yang ‘pro’ plak…

One thought on “Property Investment – Disebalik Tabir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge