gs-realty

alternatif rumah lelong

Bagi mereka yang biasa terlibat dengan rumah lelong, pastinya hanya fokus dekat rumah lelong sahaja. Jarang sekali untuk melihat peluang lain yang tidak melibatkan rumah lelong.
1. Ini pengalaman aku sendiri, setelah beberapa kali masuk auction tapi tak berjaya… aku cuba2 survey rumah subsale, saja untuk cari kelainan. Sebenarnya masih banyak lagi peluang dekat luar sana selain rumah lelong. Maklumlah market rumah lelong sekarang ni dah makin panas!

2. Apa kelebihan rumah subsale? Target kita yang pertama adalah mencari rumah yang harganya dibawah MV, kalau dapat RM15-20k kurang dari MV pun dah cukup bagus. Target ke-2 adalah rental > ansuran bank… boleh dapat ke? InsyaAllah masih banyak kat luar sana tu…:)
3. Bila dah dapat harga kurang dari MV, kita boleh buat loan 100% dalam kes aku ni memang boleh buat 100% loan, maknanya tak perlu keluar modal satu sen pun untuk beli rumah ni (actually adalah juga untuk bayar deposit dulu). So pada sapa2 yang takde modal/malas nak keluarkan modal tu boleh gunakan cara ni.
4. Lagi satu kelebihan rumah subsale ni kita boleh tengok rumah tu sampai puas hati, kalau tak puas hati dengan keadaaan rumah boleh cuba minta diskaun lagi atau minta tuan rumah repair dulu kerosakan yang ada. So tak perlu bimbang dengan keadaan rumah, tak perlu budget untuk repair rumah, sebab semua tu kita boleh tentukan sebelum kita bersetuju untuk beli.
5. Kita juga tak perlu risau dengan urusan pindah milik rumah tu, tak perlu risau tentang tunggakan yang kita kena bayar, tak perlu tergesa2 nak settlekan urusan pembelian dalam masa 90/120 hari dan yang paling penting tak perlu gaduh2 nak kena halau tuan rumah dari rumah tu (ada kes lelong yang terpaksa lalui semua ni). Pendek kata tak perlu pening2 kepala!
6. Transaksi kali ni memang aku buat sendiri, nak merasa pengalaman beli rumah sendiri… asyik guna agent jer bila masa nak belajar kan…:) Untuk rumah ni aku pergi tengok rumah sendiri, buat survey sendiri, jumpa tenant sendiri (memang dah ada penyewa) dan InsyaAllah aku akan cuba uruskan rumah ni sendiri. Saja untuk cari pengalaman.

p.s : Alhamdulillah dah capai target tahun ni.
p.s.s : Tanah oh tanah <— next project 

4 thoughts on “alternatif rumah lelong

  1. noreply@blogger.com'NurussalamAziz

    cari alamat properties tu, pastu jumpa ngan pegawai bank yang handle bahagian pinjaman perumahan (kalau kenal lagi senang) atau tanya orang yang check harga rumah.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge