“Everton 2 Liverpool 0 – Takziah kepada fan Liverpool, tahun depan cuba lagi untuk menang League Championship dan layak ke Premier League” – Berita
Satu lagi kekalahan dicatatkan.
1. Kali ni aku mencuba satu unit kondo di Pandan Mewah Height. RP RM99k then kalah at RM117k. MV untuk unit ni agak tinggi sekitar RM140-160k, cuma rental untuk unit2 dikawasan ni agak rendah dalam RM600-800 sahaja menjadikan aku tak berminat nak letak harga tinggi2.
2. Anggaran kasar aku, rental RM700 tak dapat cover monthly installment kat bank. Sebagai contoh kalau loan amount RM130k, bayaran bulanan adalah sekitar RM600 ditambah lagi dengan maintenance fee sebanyak RM150 = RM750. Tak berapa menarik kan?
3. Tambahan pula unit ni mempunyai tunggakan maintenance fee sebanyak RM28k.. wowow! banyak giler… tapi sebenarnya ditanggung oleh pihak bank. Masalahnyer kot2 kita kena settlekan dulu maintenance fee tu then baru boleh claim dari bank…. bengkok jugak tu… mengikut penasihat aku biasanya bank yang akan bayar terus, hopefully betul lah tu.
4. Satu lagi, keadaan dalam rumah juga tidak dapat dipastikan… maybe ok, maybe tak ok… dengan maintenance fee yang tertunggak sebanyak RM28k tu aku tak mahu ambil risiko… biarlah aku cari yang lain…:)
Siapa penasihat rumah tangga aku? sebab ramai kawan2 aku yang tanya biarlah aku share sikit…
1. Satu Solution – Rumah 1 & 2 aku diuruskan oleh mereka, masa mula2 service mereka tip top kemudian flip flop then sekarang dah OK selepas ofis mereka ‘terbakar’. Keep it up guys!
2. Jom2lelong – Rumah ke-3 aku diuruskan oleh mereka, servis masih tip top… no comment so far… keep it that way bro!
So sapa2 nak gunakan servis mereka… highly recommended. Korang sebut jer nama aku dengan harapan diaorang2 ni akan belanja aku teh tarik nanti… huhuhu!
wa nk guna sevis mereka tahun dpn. thn ni berehat
kumpul tenaga dulu tahun depan habis-habisan…:)
aku pun nak guna jugaklah servis diorang ni…
thanks for the info beb.
keep it coming!
kikikiiki, aku pun guna servis dgn org yang sama.. baguuussss
zam demo dok kb kat mana? boleh pahni kita jv wat projek kelate pulok…:)
wakif, aku duk kat telipot.. keje je kat kb, tp aku org pahang.. kalau balik kb, boleh la TT
cantik tu… insyaAllah boleh TT
kalu alah balik pahang tu singgahlah paka..:)