Sekarang hangat diperkatakan tentang kadar pembiayaan rumah ke-3 dan seterusnya yang hanya 70% berbanding 90% sebelum ini. Bagi pelabur hartanah seperti aku, berita seperti ini semestinya tidak menggembirakan tetapi bagi rakyat Malaysia secara amnya ia merupakan satu langkah yang positif untuk mengekang kenaikan harga rumah yang melampau.
Secara jangkamasa panjang, langkah ini sebenarnya akan menguntungkan pelabur dan juga pemilik/bakal pemilik hartanah di Malaysia. Cuma bagi pelabur hartanah, terpaksalah lebih kreatif untuk mencari 30% deposit untuk bakal hartanah yang akan dibeli. Bagi aku personally memang ia merupakan satu masalah…. tapi dalam setiap masalah pastinya ada peluang baru!
Berbalik kepada cerita “aku yang terlewat” aku baru saja memenangi satu lagi property di Puchong iaitu pada 30/10/2010. Satu pencapaian yang agak tidak disangka2 kerana dalam masa 2 bulan ini (September & October) aku berjaya mendapatkan 3 buah property, 2 melalui auction dan satu melalui subsale. Unit di Damansara telah selamat sign agreement, unit di Kajang permohonan pinjaman telah pun diluluskan dan bagi unit di Puchong ni baru nak apply loan… so ini yang terlewat! Maknanya? aku kena sediakan 30% untuk deposit rumah ni…:(
![]() |
picture courtesy of cbd.com.my |
Nak tak nak kena lah sediakan additional 20% (banyak tu!) tapi berita baik untuk aku, unit di Puchong ni adalah yang terakhir bagi aku untuk tahun 2010 – pelaburan yang memerlukan deposit. Tapi jika ada hartanah yang boleh didapati dengan harga 30% dari MV – maknanya 100% loan, I’m still interested! persoalannya ada ke? InsyaAllah ada….
p.s : sekarang masa untuk wait & see effect LTV – 70% terhadap property market, for me stay out of market dulu until next year.
p.s.s : still looking for property 20-30% below MV
wohoooo, dh achieve target 2010. xpe gaji petronas byk. hutang sama bini dulu pon ok
sikit je terlewat… tak pe, leh cover lagi tu… ada jalan, ada peluang nanti.. insyaAllah…
tak ramai orang yg mampu 30% initial payment tu.. lagi bagus lah peluang kaki auction yang mampu keluar 30%…
tahniah on the latest buy!
pas ni kena ligat cari modal 30%…:) tapi rasa2 harga property ni akan bertambah menarik…
bro, dpt vistaria berapa RM?
100K++
tahniah, dpt harga tuuu
bukan tambahan 20% bro.. 25%.. heheh.. 5k tu deposit 5% je.. kena tambah lagi 25k deposit.. plus lawyer fee..
semalam pertama kali pergi puchong… saja jalan2 nak tgk apt tu… vistaria ni sebelam VM jer… lokasi memang baik tepi tasik…
@zam : hang nyer VM lagi murah oo…:)
@faris : a’aa byk yg outstanding kena bayar dalam masa 2-3 bulan ni…