KLCI

Right Time To Sell!

Baru-baru ni aku dapat advise daripada one of the UT Agency yang mengatakan sekarang masa yang sesuai untuk jual (right time to sell). So aku buat sedikit ‘analisis pasaran’ untuk mengetahui kedudukan dana2 yang aku laburkan. Untuk melihat cerita aku terdahulu pasal UT boleh lihat disini –>> asb vs UT
1. Sekarang FTSE Bursa Malaysia KLCI berlegar2 di sekitar 1500 mata. Paras tertinggi dalam masa 5 tahun menyamai paras tertinggi pada tahun 2008 sebelum kejatuhan ekonomi pada tahun 2009. KLCI 1500 mata ini juga merupakan paras tertinggi sepanjang masa, “all time high”.

2. Mengikut pemahaman aku tentang Technical Analysis (kita lihat secara simple), paras 1500 mata sekarang ini telah mencapai tahap overbought dimana jika kita melihat RSI indicator ia telah melebihi paras 70. Mengikut perkiraan aku KLCI akan membuat retracement (andai kata ia boleh naik lagi) atau akan memulakan downtrendwhich one? I don’t know sebab aku bukan penganalisis stock market! Tapi satu yang aku pasti ia akan menurun ke bawah 1500 mata (at least for retracement).

3. Berbalik kepada UT, ini berdasarkan real case aku, harga semasa bagi PISSF adalah 0.2993 sen berbanding dengan harga belian aku 0.2500 sen pada tahun 2007. So peningkatan sebanyak o.0493 sen (not bad huh after 3 years…. hahaha) dan harga PIDF sekarang 0.3411 sen berbanding 0.2311 sen pada tahun 2008, peningkatan sebanyak 0.1100 sen (again not bad after 2 years…).
4. So what’s my plan? Aku akan jual kesemua unit aku dalam kedua2 dana tersebut dalam masa terdekat – kalau tak, keuntungan yang ada sekarang ni akan hilang begitu saja andai KLCI jatuh dibawah paras 1500 mata. mengikut perkiraan, keuntungan aku untuk PISSF adalah sebanyak lebih kurang 15% dan PIDF sebanyak 11%.

5. Bagi PISSF, dengan keuntungan 15% ni maknanya aku mendapat keuntungan 5% setahun (tak berapa menarik kan?) sebab 15% ni bukannya based on compounding profit. Bagi PIDF pula ia adalah lebih kurang 5.5% setahun.
6. Kesimpulannya (bagi aku) UT ni masih lagi sesuai untuk mereka yang beginner dalam investment terutamanya stock market – yang mana UT, investment dilakukan oleh fund manager. Bagi aku banyak lagi pilihan pelaburan dekat luar sana, maybe boleh invest secara terus di Bursa Malaysia since aku dah ada akaun CDS (maybe not lah!).
P/S : Duit UT ni bolehlah digunakan untuk top-up duit deposit 30% untuk vistaria apartment aku.

2 thoughts on “Right Time To Sell!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge