jutawan

Siapakah Jutawan?

picture courtesy of google
Sebenarnya entry ni dah lama ada dalam pipeline… ingat nak post entry ni bila dah jadi Jutawan…. Hahaha! Tapi tertarik dengan entry ni >> nak jadi jutawan? oleh bro shahbudin so aku post it now.
 
Scenario:
En. Ali mempunyai 10 buah rumah dengan nilai semasa (cumulative value) RM 1 Juta. Adakah En. Ali seorang Jutawan? 
Jawapan : YA dan TIDAK.
YA jika kesemua rumah En. Ali tidak lagi menjadi milik bank – no more liabilities (mortgage)
TIDAK jika kesemua rumah En. Ali masih lagi dalam pembiayaan bank.
Tetapi En. Ali merupakan seorang bakal Jutawan apabila beliau melangsaikan semua pinjaman bank atau value rumah2 En. Ali meningkat berkali ganda melebihi liabilitynya – Tetapi yang pasti isteri En. Ali akan menjadi jutawan segera jika En. Ali tidak panjang umur…:) (aku ada 1 entry berkaitan isteri jutawan ni… maybe lambat sikit)
So siapakah Jutawan? Mengikut Wikipedia Jutawan adalah – A millionaire (originally and sometimes still millionnaire[1]) is an individual whose net worth or wealth exceeds one million units of currency. It can also be a person who owns one million units of currency in a bank account or savings account.
So kalau ada cash RM 1 Juta – memang seseorang itu dah Jutawan kat Malaysia.
Satu lagi cara untuk mengetahui samaada kita adalah Jutawan atau tidak adalah dengan mengira Net Worth kita, seperti yang pernah diceritakan disini – top money tips for malaysians
Net Worth : Asset – Liability, if > RM 1 Juta so dah jadi Jutawan kat Malaysia.
ASSET – termasuk CASH, simpanan, property, kereta, emas, saham, UT, EPF dan sebagainya.
LIABILITY – Loan (rumah, kereta, personal), kad kredit, hutang MARA, PTPTN dan segala jenis hutang.
Penting ke status Jutawan ni? To me lebih kepada BRANDING, lihat saja JUTAWAN INTERNET (Irfan Khairi) dan JUTAWAN HARTANAH (Azizi Ali) – sekarang masuk TV keluar TV, buat seminar, jual buku, jual ebook – sekarang main income diaorang dari sini (I think).
Soal Jutawan atau tidak peduli apa kan… tapi yang penting it’s good kalu kita buat our own net worth calculation, so kita tahu where are we.
P.s : Aku yang hanya Jutawan Rupiah…:)
P.s.s : Sekarang memang banyak cerita2 “Jutawan Terbongkar” baik emas, property, forex, e-bay, etc – semua ini adalah Marketing Strategy. Betul atau Tak who cares!

One thought on “Siapakah Jutawan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge