1001

1001 kawan di Facebook

1. Ada kawan dari sekolah rendah, SK Kutan… tapi yang ni paling sedikit, boleh bilang dengan jari jer… kat mana mereka2 yang lain agaknya.
2. Ada kawan dari sekolah menengah, SERATAS… tak kira classmate, junior, senior dan super senior pun ada. Kawan2 dari SERATAS ni agak ramai jugak… ratus2 rasanya.
3. Ada kawan masa Matriks di Sekolah Alam Shah… boleh tahan ramai jugak rasanya.
4. Ada kawan masa belajar kat UKM, yang ni pun ramai jugak… ada dari fakulti kejuruteraan, IT, Pendidikan… dan juga dari KAMSIS yang berbeza. Ada juga kawan dari kumpulan KUDRAT… kawan dari rumah sewa seksyen 4 BBB.
5. Ramai juga kawan sekerja di Petronas, di Terengganu, di KL malah di seluruh Malaysia.
6. Ada kawan dari geng2 usahawan internet, kawan2 yang jual macam2 jenis barangan… baju, handbag, kain batik, kek, kerepek… macam2 lagi. Satu alternatif bagi aku yang suka shopping secara online… pernah beli baju dan kopi tongkat ali melalui kawan di Facebook.
7. Ada kawan dari kalangan property agent… boleh akses kepada listing2 baru yang menarik, khidmat nasihat percuma, boleh mengikuti perkembangan bidang hartanah, maybe one day boleh dapat harga istimewa…
8. Ada kawan dari kalangan banker dan juruukur tanah.
9. Ada kawan dalam forex trading, boleh berkongsi ilmu dan pengalaman.
10. Ada juga kawan dalam belajar tuisyen online, satu alternatif pendidikan untuk pelajar2 zaman sekarang.
11. Ada juga kawan dari MyStreamClub, bila ada masa free boleh ber’TT’ dan berkonvoi… first time join konvoi November baru ni, dari Terengganu-KL-Ipoh-Terengganu. Next mini konvoi InsyaAllah malam tahun baru, dari Paka/Kerteh-Kemaman-Kuantan.
12. Ada juga jiran2 dari Taman Saujana 2.
dan ramai lagi yang tak larat aku nak tulis…:)
p.s. : ada juga kawan dari geng fotografi…:) aku dah ada DSLR ke?

One thought on “1001 kawan di Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge