cats

It’s time to haven…

Aku kenal tempat makan ni melalui matjoe, so baru2 ni baru ada kesempatan untuk ke tempat berkenaan… yang menjadi tarikan bukanlah makanan (mengikut matjoe, makanan dia biasa2 aje) tetapi pemandangan waktu malam yang menarik. Berlatar belakang bandaraya Kuala Lumpur yang disinari kilauan lampu.
Aku sampai kat tempat tu lebih kurang pukul 8 malam, orang tak ramai pun tambahan pula baru lepas hujan… suasana memang dingin, diselubungi kabus.
Komen aku pasal makanan kat The Haven ni : Menarik (rasa ok, ‘persembahan’ cantik, pilihan banyak)

Menu Utama

Komen aku pasal harga makanan kat The Haven : Reasonable (lebih kurang harga makanan fast food mcm pizza hut, etc)

Bill

Komen aku pasal suasana kat sini (ada beberapa lagi restoran kat sini selain The Haven) : Pemandangan waktu malam memang mantap, suasana dingin, aman damai… memang best!

kalau datang berdua lagi best…:)

3 beradik…

1 family

 P.s. : untuk sampai ke tempat ni, bagi yang ada GPS… cari jer nama restoran ni.

2 thoughts on “It’s time to haven…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge