horizon

laluan mrt

1. Last weekend balik KB, last time balik kampung masa Aidiladha hari tu. Normally aku balik KB sebulan sekali, paling lama pun 2 bulan sekali… ini telah menjadi amalan aku sejak dulu, sementara kedua ibubapa kita masih ada ni, selalu2 lah jenguk mereka di kampung. Setakat hantar wang ringgit tidak mencukupi.
2. Hari Sabtu ambil peluang jalan2 ke Rantau Panjang… dah lama gila tak pergi sana, saja2 jalan2 dan shopping sikit. Cuaca hari tu hujan, so tak berapa best nak jalan2… just beli apa yang patut then terus balik. Infrastruktur disini tak banyak berubah… masih macam dulu2.
3. Overall jalan kat KB dan Pasir Mas memang worst, maklumlah projek jalan bertingkat dan jambatan sedang rancak berjalan. Ditambah pula dengan musim cuti sekolah, musim hujan dan keadaan jalan yang berlubang2 – memang sesak!
4. Berbalik kepada cerita MRT (Mass Rapid Transit) atau Aliran Transit Massa, terdengar dalam berita tv1 pengumuman oleh DSN berkenaan projek berkenaan yang akan bermula Julai 2011 yang akan mengambil masa 5-6 tahun untuk disiapkan. Info ringkas berkenaan projek tersebut:
Pemilik : Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA)
Penyelia : Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)
Kontraktor : MMC-Gamuda
Laluan MRT sepanjang 60km menghubungkan Sungai Buloh – Kajang melalui pusat bandaraya KL dengan stesen integrasi dengan existing LRT and commuter station. Kawasan2 yang terlibat adalah Kota Damansara, Mutiara Damansara, Bandar Utama, TTDI, Bukit Damansara, Cheras, Bandar THO dan Balakong.
5. Apa kaitan aku dengan projek MRT ni? Takde kaitan langsung, tetapi sebagai property investor faktor ini juga perlu diambil kira dalam pembelian hartanah. Sedikit sebanyak ia akan memberi impak positif kepada hartanah yang akan dibeli.
6. Balik dari KB, secara unplanned singgah lunch di New Horizon Restaurant, KB. Makanan dan masakan agak istimewa dengan harga yang berpatutan – jauh lebih murah berbanding The Haven, Ampang!
p.s. : maybe lepas ni dah boleh venture investment kat tempat2 ‘baru’ macam Sungai Buloh dan Balakong.

3 thoughts on “laluan mrt

  1. noreply@blogger.com'Pelaburan Hartanah

    past 6 years balakong takde apa2.. now everything dah ada di sini ..JUSCO, econsave, columbia hospital, carrefour and CITIBANK at BTHO. Buat masa sekarang ni landed property masih boleh di beli below than 200K.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge