Salah satu Azam 2010 aku adalah untuk mendaftar haji.
1. Alhamdulillah aku telah selamat mendaftar untuk menunaikan ibadat haji pada 19/12 lepas kat tabung haji kota bharu. Setelah lama bertangguh akhirnya selamat juga, al-maklumlah memang plan nak daftar di kota bharu sekali dengan bonda.
2. Cara daftar haji ni memang senang jer, just buka akaun tabung haji dan deposit sebanyak RM1300 + RM10 untuk buku. Kalau ikut aku memang dah ada buku tabung haji… tapi bila check status dah menjadi dormant, so kena buka buku baru. Untuk wife aku memang first time buka akaun, manakala untuk bonda memang dah ada.
3. Lepas buka akaun pergilah ke kaunter pendaftaran… kalau kat k0ta bharu kaunter di tingkat 1, just tunjuk buku… on the spot dapat giliran menunaikan haji. Dalam kes aku, wife dan bonda InsyaAllah tahun 2036 baru boleh pergi haji…:)
4. Itu kalau ikut pendaftaran dalam sistem tabung haji lah… kalau nak pergi awal biasanya takde masalah… dalam 3-5 tahun dah boleh pergi especially kalau pergi dengan pakej swasta… tahun depan pun insyaAllah boleh pergi, just sediakan duit jer lah. Sebab tu selalu kita tengok orang2 yang berduit ni senang2 jer boleh pergi (dengan izin Allah).
5. Kalau ikut perancangan awal, aku plan nak pergi haji sebelum umur 35 tahun… walaubagaimanapun bergantung kepada keadaan semasa tapi paling lambat pun insyaAllah sebelum umur 40 tahun.
p.s. Sekarang untuk daftar haji dah tak perlu pergi ke kaunter lagi dah… dah boleh daftar melalui online (canggih tabung haji sekarang), boleh klik kat bawah ni :
aku pon dh dartar, senang jer
2036???hehe lama betui lg tu..insyaallah Allah akan memudahkan urusan jika niat kite ikhlas dan suci..Ameen..:)
ooo boleh online yek.. baguih2… kalu nak p pejabat secara sendiri nih mmg malas la… thanks for info
wakif, aku nak ajak nkgo joint aku nyer contest, klik:
CONTEST AZAM 2011
just buat entry pasal azam 2011 ngko. joint tau, boleh menang mcm2 hadiah termasuk e-book abang ensem.
thanks
InsyaAllah matjoe, memang aku ada entry untuk azam 2011…:)