zodiac

aku bukan lagi scorpio

aku kini Libra.
Kepada sapa2 yang belum tahu, kini zodiac sign dah ada 13 (actually dah lama dah)… dengan penambahan satu lagi zodiac iaitu Ophiuchus. Honestly aku tak ambil kisah pun pasal ni, tapi apa yang menarik perhatian aku adalah bagaimana dan kenapa muncul zodiac sign yang ke-13 ini.
Ia adalah disebabkan oleh perubahan jajaran bumi in relation kepada matahari sejak 3,000 tahun yang lalu. Ya, jajaran bumi telah berubah. Jika dulu matahari terbit di sebelah timur bumi, pasti akan tiba matahari akan terbit disebelah barat bumi.
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”.

Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka“. H.R Muslimi
 
 
Bagi aku, tak perlu ambil peduli tentang zodiac sign tajaan barat ni dan tak perlulah melihat ramalan hari2 tentang zodiac ini di majalah/surat khabar (ia boleh menjurus kepada  syrik)… sebagai rujukan boleh rujuk kepada personaliti melalui tarikh lahir hasil kajian Dr. Fadzillah Kamsah.
 
Wallahualam.

4 thoughts on “aku bukan lagi scorpio

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge