Azam Tahun 2011

Actually ini adalah sambungan Azam 2o10, dan ia juga dirancang supaya selari dengan pelan 5 tahun aku (2009-2014). So apa perancangan aku untuk tahun 2011?
Azam#1 – Spiritual (Kerohanian)
Jika pada tahun 2010, aku sekeluarga telah mendaftar untuk menunaikan haji, tahun 2011 adalah tahun untuk membuat persediaan diri. Sebagai permulaan, aku akan habiskan buku “Indahnya Hidup Bersyariat” karya Dato’ Ismail Kamus dan cuba untuk mengamalkan apa yang dipelajari. Lebih spesifik untuk tahun 2011, InsyaAllah aku akan cuba sebaik mungkin untuk memaksimumkan solat secara berjemaah dan khatam Al-Quran sekurang2nya sekali.
Azam#2 – Healthy Lifestyle (Kesihatan)
Jika tahun 2010, tema utama adalah G.O.L.F, tahun ini golf bukan priority aku. Tahun 2011 bagi aku adalah untuk menjaga kesihatan melalui pemakanan… kurangkan makanan ber’kolesterol’ tinggi. Last aku check tahap kolosterol aku tak silap tahun 2007 atau 2008… mengejutkan! melebihi tahap yang sepatutnya… orang kurus pun tak terkecuali. Kalau tahun2 lepas, setiap kali outstation setiap kali itu jugaklah makan besar. So tahun ni kena kurangkan.
Golf? InsyaAllah masih akan bermain tetapi sekadar ‘social game‘.
Azam#3 – Career (Kerjaya)
Seperti biasa untuk kerjaya (bukan kerja) aku cuma allocate 38% (9/24 jam sehari) sahaja masa aku untuk kerjaya. Selebihnya adalah masa untuk aku bersama keluarga dan masa aku buat ‘kerja’ aku, tapi yang paling banyak adalah masa tidur (24% = 6/24 jam sehari).
 
Walaupun hanya 38% masa untuk bekerja, kebiasaanya aku akan beri 100-110% komitment untuk kerjaya aku. Tahun 2011 insyaAllah merupakan tahun yang ditunggu2.
 
Azam#4 – Family (Keluarga)
 
Tahun 2011, dua2 anak aku akan bersekolah… wakif (4 tahun) akan dihantar ke tadika perpaduan sementara wanis (8 tahun) akan meneruskan persekolahan Tahun 2 di SK Paka II. InsyaAllah jika berkesempatan tahun 2011 aku akan bawa wakif & wanis termasuk NaNa bercuti menaiki kapal terbang… kemana? tak finalise lagi.
 
Walaubagaimanapun itu akan tertakluk kepada jadual aku yang bakal sibuk tahun depan. 3 (2+1) adik aku akan melangsungkan perkahwinan pada bulan February dan June 2011. Niat aku dari dulu juga adalah untuk ‘sponsor’ perkahwinan mereka ni (sekadar yang mampu).
 
Tambah ahli keluarga? InsyaAllah kalau ada rezeki nak tambah sorang lagi… tapi kena bincang dengan pihak yang satu lagi dulu.
 
Azam#4 – Financial (Kewangan)
 
Property investment – sekarang baru ada 6 property, target tahun 2011 aku kena dapatkan 3 lagi property di Lembah Kelang. Kawasan yang menjadi tumpuan aku adalah Shah Alam, Ampang, Puchong, Kajang/Bangi dan Petaling Jaya. Manakala stretch target aku pulak adalah untuk mendapatkan 1 unit landed property (terrace/semi-d) untuk melengkapkan perancangan jangka panjang aku. So total yang aku kena dapatkan adalah 3+1.
 
3+1 boleh ke? Bagi aku kalau ikut keadaan sekarang memang tak boleh. Tapi macam tahun 2010 bila aku tetapkan 3 unit tu pun pada mulanya langsung aku tak tahu macam mana nak achieve tapi at the end boleh dapat jugak, SYUKUR. So, kena plan yang terbaik InsyaAllah ada jalan.


Azam#5 – Menjadi PENAJA contest blog matjoe.com atau blog2 sewaktu dengannya.
Ini antara projek CSR aku. Sesiapa yang memerlukan penaja boleh hubungi aku, insyaAllah aku boleh bantu apa yang perlu. 
p.s. : AMARAN : tujuan ‘post’ ini adalah bukan untuk menunjuk2, ia sekadar catatan peribadi perjalanan hidup aku didunia yang sementara ini kearah tujuan hidup yang lebih bermakna.
Contest ini dianjurkan oleh Matjoe dan turut ditaja oleh Eyriqazz (rm 50) Kak Ina KL (cookies rm50)  AbangEnsem (6 ebook, rm120), Kak Yon (3xrm10 topup, rm30) dan Tinihani (4 ribbon brooch, rm20)

6 thoughts on “Azam Tahun 2011

  1. noreply@blogger.com'Matjoe

    bro, ini gempak punya azam nie. good luck dan semoga berjaya. sincere thank coz sudi join my contest.

    jgn lupa like gambar di album fanpage matjoe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge