Rumah baru atau rumah lama?
Kalau beli rumah baru, ni sebagai contoh saja yang aku tgh usha2.
TTDI Adina (Shah Alam) – http://www.ttdiadina.com/
Harga : RM300,000 (estimate)
Jangkaan siap : 3 Tahun
Jika beli rumah baru macam ni, bulanan kita kena bayar (serve interest) RM 300 – 700 sebulan (average estimate) selama 3 tahun dan tiada income daripada rumah ini. Jumlah yang perlu dibayar dalam tempoh ini adalah lebih kurang RM18,000 (RM500 x 12 bulan x 3 tahun).
Katalah nilai hartanah ini akan appreciate sekitar 20% setahun, so maknanya selepas 3 tahun rumah baru kita ini akan menjadi RM480,000 (untung sebanyak RM180,000).
Jika kita beli rumah yang sudah siap dengan harga yang sama dan disewakan, bayaran bulanan dapat dikontra dengan bayaran sewa. Katalah break even 0-0. Selepas 3 tahun nilai hartanah kita juga akan meningkat menjadi RM480,000 (untung bersih sebanyak RM180,000 tanpa perlu bayaran untuk serve interest sepanjang tempoh construction).
So, baru atau lama?
![]() |
AXIS Residence, Ampang |
Lagi faktor yang perlu dipertimbangkan adalah:
1. Rumah baru belum tentu mempunyai potensi seperti yang dijanjikan sebagai contoh, di’promo‘ oleh developer bahawa tempat itu akan naik stesen LRT atau MRT. Jika rumah lama, sudah semestinya faktor ini tidak menjadi masalah.
2. Rumah baru juga mempunyai risiko menjadi projek terbengkalai atau delay… tetapi risiko ini boleh dikurangkan dengan melihat track record developer tersebut. Developer untuk TTDI Adina adalah Naza TTDI.
So mana satu pilihan kalbu?
rumah lama..
Subsale. Tak sanggup gamble dengan projek baru. Takut terkena..
tp selalunya appreciation rumah lama (esp high rise yg dah lebih 10 tahun )after 3 years kita beli tak setinggi mcm masa mula2 rumah tu baru siap dan dpt kunci dulu. saya rasa percentage yg u guna tu tinggi sgt.
I think u’re rite… it should be the minus point for subsale high rise property.. around 10% appreciation per year maybe?
10% per year is the max for this kind of property.
but for landed or commercial, it is different
10% per year price appreciation?? Mimpi la kau.