DA

Kisah Rumahtangga

Kisah Rumah#1
Rumah ni terletak di Damansara Perdana. Aku menang auction unit ni pada 30/8/2010 seperti yang aku share di sehari sebelum merdeka. Hari ni 30/1/2011 genap 5 bulan. Loan aku baru jer disburse, baki lelongan juga telah dibayar kepada pihak yang berkenaan. Kalau mengikut kontrak, aku telah delay selama 2 bulan (tempoh 90 hari diberikan untuk melangsaikan baki lelongan). Maknanya aku kena bayar penalty, lawyer aku telah memohon jasa baik pihak bank pelelong untuk tidak mengenakan aku penalty or at least dapat diskaun.
Dalam kes ni bukan aku nak salahkan sesiapa kerana delay, sebab banyak pihak yang terlibat seperti pihak bank, lawyer (both sides) dan pejabat tanah.
Hasil daripada rumah ini, aku telah dapat sebulan sewa  (dalam 70% daripada standard harga sewa) iaitu untuk sewa bulan December 2010 (selepas 3 bulan dari tarikh aku menang). Penyewa ni tergolong dari kalangan yang celik undang2… dia dapat duduk ‘free’ untuk bulan September, October dan November.
Sekarang rumah ni dalam persiapan sebelum boleh disewakan. Keadaan rumah memang baik cuma perlu pasang lampu, kipas, etc.
Farhan Jomlelong yang sedang menguruskan rumah ini.
Nota : ada orang iklankan unit di sini, blok yang sama dengan harga RM150k… woww!
Kisah Rumah#2
Sebuah apartment di Kajang yang aku beli melalui subsale seperti yang pernah aku ceritakan di alternatif-rumah-lelong. Rumah ni dalam proses tukar nama dari developer kepada owner sebelum boleh ditukar nama ke atas nama aku. Keseluruhan proses ini insyaAllah dalam masa 9 bulan, hopefully sebelum akhir tahun 2011. Rumah ni aku dapat 100% loan, walaubagaimanapun 10% deposit aku telah bayar… rasa macam rugi pulak 10% aku tu tak boleh generate apa2.
Lesson learnt : kena consider status strata title sebelum beli rumah.
Kisah Rumah#3
Sebuah apartment di Puchong yang aku menangi melalui auction pada 30/10/2010. Selepas 3 bulan baru agreement siap… baru jer sign last week. Huh, lama betul nak siapkan agreement… yang ni aku cuba lawyer baru. Nasib baik tempoh pembayaran baki lelongan untuk unit ini adalah 120 hari, maknanya ada masa lagi sebulan sebelum deadline. Kalau tak kena penalty lagi.
Berita baiknya, rumah ni telah selamat disewakan bermula January 2011… loan belum disburse, so adalah untung sikit. Rumah aku yang ni diuruskan oleh Faridzaswadi menjadikan total 3 unit aku diuruskan oleh Faris & Tuanbri (Satu Solution).

Nota : Rumah=kondo=apartment=flat

P.S. : Kalau semuanya berjalan lancar, bulan March 2011 maybe aku boleh masuk gelanggang balik… gian pulak rasanyer.

4 thoughts on “Kisah Rumahtangga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge