gula

bolehkah pakatan rakyat turunkan harga barangan?

Pertama sekali ini bukan blog politik.
Aku sekadar memberi pandangan aku tentang isu semasa.
Persoalannya : Bolehkah Pakatan Rakyat turunkan harga barangan?
(setakat yang aku ingat, ada 2 menteri yang mencabar PR untuk menurunkan harga barangan di negeri2 dibawah kawalan PR – Kelantan, Kedah, Selangor & P. Pinang)
Pendapat aku : Boleh. Kenapa tak boleh? Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih… jangan pandai bercakap, jangan kata itu ini, jangan kata selepas ambil alih putrajaya, etc2.
Caranya :
1. Dengan menguasai 4 negeri seharusnya PR telah boleh merancang bagaimana untuk menurunkan harga barangan keperluan sebagai contoh gula, gandum, beras dan macam2 lagi.
2. Ambil gula sebagai contoh, cuba cari cara untuk kurangkan harga gula supaya kurang dari harga yang ditetapkan oleh kerajan persekutuan. Kurang sebanyak 5 sen sudah mencukupi, saya yakin ia akan memberikan impak yang besar.
3. Bagaimana? Apa yang kita fahami dan pelajari mengenai tentang cara penetapan harga barang dalam supply chain ialah:
a. Pengeluar/Pengilang akan mengeluarkan barang dengan harga RM1.00 (contoh).
b. Pemborong besar akan mengambil barangan tersebut dan menjual kepada pemborong kecil dengan harga RM1.20.
c. Pemborong kecil kemudiannya akan menjual barangan tersebut kepada peruncit dengan harga RM1.40.
d. Kemudian peruncit akan menjual barangan kepada pengguna dengan harga RM1.60
e. Sekarang, jika mengikut supply chain diatas, kita ada potensi sebanyak RM0.60 untuk kita kurangkan.
f. Ingat, kita hanya perlu kurangkan sebanyak 5 sen sahaja!
4. Gunalah apa2 saja pengaruh/cara seperti membeli secara pukal untuk 4 negeri tersebut, maybe satu agensi khusus yang menguruskan keperluan asas. Negotiate dengan pasaraya2 besar dengan menawarkan pelbagai insentif seperti pengurangan cukai, etc.
At least ini adalah dalam bidang kuasa PR. Harga minyak? No way….
P.S. : Alangkah seronok kalau balik KB harga gula lebih murah RM0.05 berbanding harga yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan.

3 thoughts on “bolehkah pakatan rakyat turunkan harga barangan?

  1. noreply@blogger.com'MET

    hu.tu la yang terjadi bila banyak sangat tangan..

    em.tapi banding dengan air..keperluan begini ade potensi untuk diseludup ke negeri jiran tak.hu.

    risau gak kang nanti den kat selangor kekurangan gula sebab kena curik dek budak nogori, dak perak.sapa tak mau untung lebih walaupun 5 sen kali 1 tan.hee.

    Reply
  2. noreply@blogger.com'wakif

    huhuhu…:)

    yang pasti PR kena buat sesuatu, jadi pembangkang ni memang sedap… apa susah gov buat apa pun bangkang jer…:)

    kalau buat macam ni akan memberi tekanan kepada fed gov… impaknya insyaAllah rakyat juga yang untung.

    Reply
  3. noreply@blogger.com'eiman

    boleh dan cuba untuk membuat sesuatu yang lain dari kerajaan persekutuan, macam subsidi air kat selangor.. satu kelebihan kepada PR.. kalau keperluan lain pun dapat dibuat, tak salah kalau pilihanraya akan datang PR tersenyum lebar..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge