biz

Cara Bisnes Orang Kita

Masa mula-mula buat bisnes, semuanya tip top… layanan kelas pertama kepada client atau bakal client. Selalu update client, malah kadang2 malam pun ada lagi terima call dan sms… dalam hati, bagusnya… inilah calon businessman orang kita yang akan berjaya.
Bila dah masuk kali ke-2 layanan dah mula bertukar menjadi kelas ke-2… tapi takpelah maybe dia sibuk menguruskan bisnes yang tengah masuk… dengan harapan nanti adalah improvement bila bisnes dah mula berkembang. Kalau dulu dapat selalu update samada melalui call atau sms, tapi sekarang… masih lagi dapat update tetapi kadang2… jarang2.
Bila masuk kali ke-3 dan seterusnya, layanan dah jadi kelas ke-3… yelah maybe sangat sibuk menguruskan client2 yang dah mulai ramai… dalam hati takpelah ini calon businessman orang kita yang akan berjaya…. dengan harapan bila dah banyak masuk nanti… dapatlah upgrade dia punya bisnes… dapat improve dia punya services.
Kalau dulu selalu dapat update…. duit pun masuk on time tapi sekarang bukan saja tak dapat update, client call pun kadang2 tak angkat… duit? malas nak ceritalah. Tapi takpelah maybe dia sibuk maklumlah calon businessman orang kita yang akan berjaya.
Beginilah tipikal sikap orang kita, cari bisnes/client memang hebat tapi bab jaga client ni yang lemah sangat…. padahal existing client nilah yang boleh bagi repeat sales, yang boleh bagi good recommendation dan sebagainya.
Kalau nak bagi alasan boleh jer…. macam2 boleh bagi, maklumlah bisnes mana yang takde masalah…. banyak benda nak kena uruskan, bla, bla dan bla. Tapi point dia yang aku nak highlight, kita dah ada agreement ataupun MOU cubalah ikut… sebagai contoh kalau kata 10hb, 10hb lah… atau lambat sikit pun takpe 15hb ke, 20hb ke…. kalau dah berbulan2 apa kes?
P.S. : Cerita ini ada kaitan dengan mereka yang masih hidup tapi tiada kaitan dengan mereka2 yang telah meninggal dunia.

6 thoughts on “Cara Bisnes Orang Kita

  1. noreply@blogger.com'wakif

    kes tu adalah… sapa2 yg terasa tu boleh lah cepat2kan settle benda ni… sampai skang still takleh nak move to next step…. susahlah nak capai target tahun ni agaknya…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge