Agak lama tak update blog sebab sekarang ni agak sibuk sedikit. Sekarang dah 2 minggu aku jadi weekend husband & daddy, weekdays masuk office kat KL cuma masa weekend baru balik Paka. Taklah lama sangat cuma untuk 6 bulan jer.
Since ada kat KL barulah ada masa nak settlekan apartment kat Flora Damansara, dah 2 bulan unit ni tak mendatangkan hasil, dah 2 bulan jugalah aku terpaksa bayar installment guna duit sendiri. Kisah apartment ni agak unik juga, masa aku dapat unit ni memang dah ada penyewa… dan penyewa ni agak educated dan dia berjaya duduk ‘free‘ selama 3 bulan sepanjang proses tukar nama. Bulan ke-4 baru dapat hasil sewa yang pertama, masa tu loan belum disburse.
Selepas tenant keluar, owner lama kembali ke unit tersebut… habis lampu2, kipas2 dicabutnya… grill juga tak ketinggalan. Tapi aku redha mungkin itu hak dia. Kisah ni pernah diceritakan disini http://jom2lelong.blogspot.com/2011/01/barangan-tinggal-barangan-dapat.html
Kemudian proses nak masukkan meter elektrik banyak kali tergendala. Mula2 sekali aku pergi kat TNB PJ, sekali dinasihatkan pergi kat TNB Kepong… manalah aku tahu sebab kat address memang tertulis PJ. Dua tiga kali juga aku ulang alik TNB Kepong sebab dokumen tak lengkap (termasuk kena bayar duti setem kat LHDN). Sekarang baru settle, lega sikit tinggal nak siap2kan unit tu sebelum boleh disewakan.
Letih juga jadi landlord ni…;)
P.S. : Semoga ada rezeki aku 23/4 ni.
rilek bro,
bukan senang mau senang. awal2 memang banyak dugaannya. insyaallah lepas ni murah rezeki goyang kaki tengok duit sewa masuk bulan2..
eh, busy kerja ke busy main golf?
Memang letih bro tapi ganjaran di kemudian harinya lebih penting.. Masyuk beb
Juri : Masa habis on the road jer, very limited time to play golf bro.. Sekali main hancur daaa…
AE : InsyaAllah…
never give up..lepas ni tiap2 bulan senyum tengok duit sewa masuk ..:)
masa jual tu tak kowtim ke ngan penjual…biasanya org jual semua termasuk lampu2 n grill..penjual tu meleayu ke bangsa lain..nampak gaya mcm bangsa lain
Nak tanya, sekarang dah ada penyewa ker? berbaloi ke beli rumah kt situ?