sri-raya

Misi Mustahil 3+1 Bermula

Misi sudah bermula, tetapi dengan kegagalan… oppss bukan kegagalan tapi masih belum ada rezeki.
Percubaan pertama aku digelanggang lelong pada tahun ini berakhir dengan aku tewas sebelum berjuang… last minute unit yang aku masuk tu called off. Benda ni sebenarnya dah ada dalam kepala aku… sebab kebanyakkan unit2 yang dilelong dikawasan ini (dibawah pemaju yang sama) selalunya berakhir dengan unit called off ataupun kemenangan kepada pihak pemaju (pihak pemaju pun masuk lelong).

Akhir tahun lepas pun sama, tapi unit kat Plaza Indah… aku menggunakan khidmat tuanbri yang akhirnya tewas ditangan pemaju. Tak guna lawan orang yang berbajet besar, lagipun kita cari unit lelong untuk dapatkan harga yang murah (at least 20% below MV) bukan nak lawan sapa yang ada bajet besar.

Lelongan kali ni aku guna khidmat izwan, dalam usaha aku mempelbagaikan networking aku… networking kena ramai tak boleh bergantung kepada ejen2 yang tertentu sahaja.

Minggu ni aku kena cari SATU PENYELESAIAN, ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan… selagi tak selesai mungkin misi ini akan terus kekal sebagai misi mustahil.
P.S. : Kalau ikutkan memang ini misi mustahil, tapi masih ada 8 bulan untuk aku lakukan sesuatu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge