gold-chart

alternatif pelaburan emas | wakif’s blog

Ada orang kata alternatif pelaburan emas adalah pelaburan perak, sebab harga perak jauh lebih murah berbanding dengan harga emas (mampu milik). Memang tidak dinafikan pelaburan emas mahupun pelaburan perak adalah pelaburan jangka panjang terbaik sepanjang zaman. Kenaikan harga emas melebihi 30% setahun untuk 10 tahun kebelakangan ini.
Pelaburan atau Simpanan? Kalau anda anggapnya sebagai simpanan memang terbaiklah!
Persoalannya, adakah alternatif lain selain pelaburan emas? 
Saya bagi contoh, jika anda mempunyai wang tunai RM50k sekarang, apakah yang anda akan lakukan? Apakah keutamaannya?
Pada saya keutamaannya adalah membeli 5 biji rumah dengan harga RM100k setiap satu, ini menjadikan saya memiliki aset (juga liabiliti) sebanyak RM500k. Jika saya beli emas sekarang dengan harga RM50k saya hanya akan mendapat emas yang bernilai RM50k dan bakal mendapat pulangan ~30% setahun. 
Perlu diingat harga rumah juga appreciate setiap tahun katalah 10% setahun (10% daripada RM500k vs 30% daripada RM50k).
Selain daripada itu kenapa saya pilih rumah sebagai keutamaan adalah:
1. Saya kini memiliki aset (juga liabiliti) yang bernilai RM500k.
2. Tidak perlu bayar apa2 untuk aset (juga liabiliti) yang bernilai RM500k (Sewa > Ansuran) 
3. Kalau saya mati, waris saya akan mewarisi aset (tiada lagi liabiliti) ini dan secara tidak langsung telah menjadi separuh jutawan.
Tetapi mengikut kawan saya, keutamaan beliau adalah membeli emas – perlu diingat kawan saya ini adalah seorang Jutawan (priority beliau adalah lain – preserve kekayaan). 
Ini kerana beliau percaya U.S akan bankrupt (atau U.S Dollar tidak bernilai lagi) pada tahun 2012 atau tahun2 yang mendatang (tidak pasti). Yang mana situasi ini pastinya akan menyebabkan harga emas akan meningkat. 
Ok, kita ambil worst case scenario, US Dollar totally collapse pada tahun 2012. Apa jadi? the whole US economy will collapsesin fact the whole world! So apa jadi? huru-hara? peperangan?
Paling tidak pun, dunia perlu bermula kembali, model baru ekonomi perlu diwujudkan dan  matawang baru perlu diperkenalkan. Emas sebagai matawang? mungkin atau sekurang2nya matawang yang bersandarkan emas.   
Apa akan jadi pada aku yang membeli rumah? Kalau huru-hara atau peperangan takde beza pun sapa yang beli emas dan sapa yang beli rumah. Katalah ekonomi kena reset balik, matawang baru diperkenalkan (katalah emas).
Rumah masih diperlukan, manusia masih perlukan tempat tinggal. Harga sewa masa tu akan mengikut kadar semasa (tak kisahlah emas ataupun tak). Rumah itu juga boleh dijual mengikut harga semasa. So make sense or not? I don’t know… u tell me.
Ramai peniaga/pelabur emas bersandarkan kepada hadis ini:
“Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda :- Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak.” (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)
Memang tidak salah cuma perlu diingatkan bahawa hadis ini adalah hadis dhaif. Sumber : al-Fikrah.
P.S. : Perbandingan ini adalah sekadar untuk menentukan keutamaan (priority), tidak dinafikan pelaburan/simpanan emas menguntungkan untuk jangka masa panjang.
P.S.S : Perbandingan ini dibuat dari sudut pelaburan (bagaimana untuk meningkatkan harta)
P.S.S.S : InsyaAllah tahun depan akan mula menyimpan emas.

7 thoughts on “alternatif pelaburan emas | wakif’s blog

  1. noreply@blogger.com'-@N0N-

    Bila peperangan…. rumah2 habis musnah dibom/ditinggalkan…. dirosakkan… diduduki secara haram… masa peperangan dan huru hara dah tak ada betul atau salah…

    Reply
  2. noreply@blogger.com'mohd salfee

    masa perang, ada emas ke gumah ke, sume tu dh tak beharga.. he2..

    secara amnya aku sepndpt dgn content entry ni.. lg pon pd pndpt aku, emas ni dh telampau tinggi harga dia.. warren buffet pon tak minat dgn emas..

    BTW, aku rasa mcm pnh nmpk incek wakif ni kt hotel selesa PD somewhere in June aritu.. btl ke?

    Reply
  3. noreply@blogger.com'wakif

    “BTW, aku rasa mcm pnh nmpk incek wakif ni kt hotel selesa PD somewhere in June aritu.. btl ke?”

    err salah orang kot, last sekali sy pergi PD bulan 4 hari tu…;)

    Reply
  4. noreply@blogger.com'ridhuan

    En wakif,sorry for asking this stupid question. regarding this point, “Kalau saya mati, waris saya akan mewarisi aset (tiada lagi liabiliti) ini dan secara tidak langsung telah menjadi separuh jutawan.”.

    how is that possible? is that outlined as one of the agreement between bank and u?

    thanks =)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge