rumah-lelong

Cara beli rumah subsale/lelong

(Respon kepada soalan Diana kat sebelah ni)
Secara ringkasnya:
1. Buat survey rumah yang kita nak beli. Boleh tengok di website Auctioneer (Pelelong) i.e. PAH, Ng Chan Mau, Ehsan, etc. Untuk rumah subsale boleh rujuk di Mudah.
2. Jika beli untuk investment, wajib kenalpasti potensi rumah/kawasan tersebut. Antara yang perlu dipertimbangkan adalah kemudahan awan (LRT/Bas), Sekolah, dsbnya.
 3. Jika rumah lelong boleh masuk bid pada tarikh yang yang ditetapkan. Kena sediakan deposit melalui bank draft 5% atau 10% bergantung kepada bank yang melelong. Jika rumah subsale boleh terus berjumpa dengan pihak penjual, kena sediakan 2-3% untuk booking. Baki 7-8% perlu dibayar setelah loan approved.
4. Jika menang lelong kena proceed dengan permohonan loan dan pada masa yang sama boleh cari lawyer untuk siapkan agreement. Sama juga untuk rumah subsale. Kebiasaannya urusan pertukaran nama untuk rumah lelong perlu diselesaikan dalam masa 90/120 hari bergantung kepada bank pelelong. 
5. Selepas semua urusan selesai barulah rumah tersebut sah menjadi milik kita.
P.S. : Untuk rumah lelong kena pastikan harga yang dimenangi sekurang2nya 20% dibawah Market Value, normally aku target 30%.

7 thoughts on “Cara beli rumah subsale/lelong

  1. noreply@blogger.com'Anonymous

    Salam ewan…u still ada wat rumah lelong under direct nego lagi tak…? Saya duk area jb u boleh tolong tak… saya berminat nak beli la..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge