honda-stream

honda stream kena recall | wakif’s blog

Akhir July hari tu dah dengar ura2 kereta honda stream kena recall balik sebab ada problem. Ingatkan model kereta stream keluaran 2009 tidak terlibat, tapi apabila rujuk balik dekat surat khabar semua model keluaran 2008, 2009 dan 2010 yang terlibat. Kereta aku keluaran 2009.
Punca ia terpaksa dipanggil balik adalah disebabkan oleh kerosakan pada water pump pulley bolts. Secara jujurnya aku tak tahu pun apa menatang tu…;)
Walaubagaimanapun kerosakan itu setakat ini takde memberi masalah kepada kereta aku setelah hampir 2 tahun menggunakannya. Pihak Honda juga mungkin strategi mereka, menggelarkan panggilan semula kereta honda stream ini dengan panggilan Product Up-Date (PUD) exercise yang bermaksud product upgrading yang mana memerlukan penukaran water pump pulley bolts ini. So bunyinyer takde lah teruk kan.
 
Proses penukaran ini adalah PERCUMA dan perlu menghubungi pihak Honda yang berdekatan untuk temujanji. Bagi aku, maybe selepas cuti Hari Raya Aidilfitri barulah ada kesempatan untuk membuat temujanji. Hopefully takde apa2 yang tak diingini berlaku pada kereta honda stream kesayanganku ini sebelum proses penukaran tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge