vistaria

Peralihan Kuasa

Setelah bersabar dan memberikan kepercayan kepada pihak Satu Solution (Faridz Aswadi) selama 7 bulan, yang langsung tidak mendatangkan hasil, akhirnya aku terpaksa juga mengaktifkan PLAN C.

Flashbacks

Ini adalah kisah Vistaria Puchong. Ia pernah diceritakan disini sebelum ini. Rujuk di SINI.

Rumah tersebut berjaya disewakan pada Januari 2011 dengan kadar RM600 sebulan. Tetapi sehingga hari ini aku belum menikmati satu sen pun hasil kutipan sewa rumah ini.
Takpe aku masih boleh bersabar dan memberi peluang kepada orang kita untuk maju dalam bisnes.

Mengikut kiraan kasar aku, jumlah ‘hutang’ pihak Satu Solution dengan aku adalah seperti berikut:

Tenant Pertama : RM600 x 4 bulan (Januari – April 2011) = RM2,400

Tenant Kedua : RM600 x 3 bulan (May – July 2011) = RM1,800

Total : RM4,200 (masih belum ditolak charge2 yang dikenakan oleh pihak Satu Solution)

Wah banyak juga tu dah boleh buat deposit sebuah apartment kos rendah!

Disebabkan perkara ini jugalah Plan 2011 aku terpaksa di’delay’kan atas factor cashflow yang tidak menentu.

Apa yang terjadi sebenarnya?

Dari cerita yang aku diberitahu, rumah ini di’sub’kan kepada ejen lain, mungkin terlalu banyak rumah yang nak dihandle agaknya. Itu adalah cerita dalaman Satu Solution, aku tak mahu campur.
Sub Agent
Mungkin ini adalah strategi bisnes orang kita, cari pelanggan pandai… jaga pelanggan tak pandai. Cerita terdahulu kat SINI.

Atas sebab2 diatas, rumah ke-5 aku diuruskan oleh Farhan dan rumah ke-6 pula diuruskan oleh Izwan – PLAN B.

Ok cukup untuk Flashback.

Way forward untuk perkara ini adalah:

1. Vistaria Puchong buat masa ini aku akan handle sendiri.

2. Pihak Satu Solution (Faridz Aswadi) perlu menyelesaikan jumlah hutang sebanyak RM4,200 (belum lagi ditolak charge2 yang dikenakan oleh Satu Solution)
Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik sempena bulan Ramadan.

P.S. : Ini baru kisah Vistaria Puchong, next maybe kisah Astaria Ampang.

P.S. : Harga hartanah disekitar Vistaria dan Vista Millenium Puchong dijangka akan meningkat dalam masa terdekat kerana terdapat projek baru disana. Rujuk sini.

9 thoughts on “Peralihan Kuasa

  1. noreply@blogger.com'Anonymous

    aku pun sama masalahnya ngn fariz nie…masa daftar nak beli umah lelong dgn dia janji komisen 50%-50%…dah 2 biji rumah lelong aku dapat ngn dia, komisennya ntah ke mana…dah cukup 2 tahun sesen pun tak merasa duit komisen tu…

    Reply
  2. noreply@blogger.com'mdizone

    saya selaku wakil satu solution juga amat kesal dengan apa yang berlaku…diharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik…cuma saya tak tahu menahu langsung pasal perkara ni…

    Reply
  3. noreply@blogger.com'wakif

    @ anom : bila berjanji pun tak boleh tepati susah mahu bisnes lah ini macam.

    @ izwan : ni bukan masalah satu solution, ni masalah individu… in fact aku dah berjumpa dan discuss dgn tuanbri…

    Reply
  4. noreply@blogger.com'Anonymous

    hmm.. kalo dah nama cmpany tercemar dek perbuatan certain individu, patut ke org2 mcm tu dibenarkan gunapakai nama cmpany lagi?? bagi nama busuk je..

    Reply
  5. noreply@blogger.com'~zam~

    ermmm, pernah ada pengalaman yang sama dgn Satu Solution.. sekarang dah serik.. huhuuhhu..

    Wowwww, project Mega di Vista Millennium.. thanks for d info

    Reply
  6. noreply@blogger.com'www.tuanbri.com

    Beberapa tindakan telah diambil dan akan diambil.

    Cuma makan masa sedikit sahaja.

    Aku telah berjumpa dengan En Wakif apabila beliau tidak dapat menghubungi Faridz, berbincang mengenai masalah tersebut beberapa bulan yang lepas.

    Satu Solution mempunyai Portfolio masing masing, di mana aku dan Faridz diberi tanggungjawab sendiri.

    Buat masa ini, Satu Solution akan menghadapi sedikit rombakan dalam masa terdekat.

    Terima kasih kepada agen-agen Satu Solution kerana masih menjaga nama baik seperti Izwan dan Shaiful

    Cuma saya selaku Pemilik Satu Solution tidak dapat mengawal sepenuhnya tindakan orang lain.

    Saya memohon maaf atas kesilapan saya.

    Reply
  7. noreply@blogger.com'Anonymous

    @ tuanbri : tima kasih atas komitmen yg diberikan diharap dapat diselesaikan dengan segera kerana perjuangan kita dalam bidang ni masih jauh.

    Janganlah kita sesama kita dibelenggu degan masalah remeh temeh macam ni.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge