gold

Bila masa yang sesuai? (Part II) | wakif’s blog

Kali ini saya ingin menyentuh tentang mengapa kita perlu bebas. Bebas disini bukan bermakna bebas membuta tuli, tetapi bebas secara berilmu. Kalau kita tak bebas (ada kepentingan tertentu), apa yang kita cakap kadang2 boleh menyesatkan.
Saya ambil contoh dalam politik, kalau kita tidak bebas (terikat dengan pakatan2 tertentu)… kadang2 apa yang betul kita boleh cakap tak betul. Kadang2 tafsiran Al-Qur’an pun kita boleh pilih yang mana memihak kepada puak kita… yang tak menguntungkan kita (perjuangan pakatan2 tertentu) kita boleh diam saja. Itu dalam politik… saya tak mahu ulas panjang sebab saya bukan ahli politik… sekadar seorang rakyat yang layak mengundi.
Berbalik kepada persoalan “Bila masa yang sesuai?”, dalam post yang lepas saya ada ceritakan bagaimana nak tentukan masa2 yang sesuai untuk beli emas, unit amanah dan juga hartanah. Kepada sapa2 yang belum baca boleh rujuk sini : http://mylife-wakif.blogspot.com/2011/09/bila-masa-yang-sesuai-wakifs-blog.html
Kali ini saya ingin ambil contoh emas. Kalau kita tidak bebas, macam2 perkara kita boleh cakap untuk melariskan jualan emas kita (minta maaf, bukan semua). Ada yang sampai tahap esktrem sampai guna ayat2 Al-Qur’an… saya no comment, tak kata betul atau salah.

Saya cuma nak tekankan sebagai pelabur kalau nak buat apa2 pun kenalah guna ilmu, kenalah pandai cari masa yang sesuai… sebagai contoh semasa saya buat posting yang lepas, harga emas tengah melangit… ramai orang2 yang bersorak kegirangan (mungkin ini orang yang pandai dan ada ilmu, beli pada masa yang sesuai). 
Tetapi apa jadi pada mereka yang beli pada tahap tertinggi tersebut? Kepada bot2 kecil, mesti cuak kan? Kepada bot2 besar dan mewah takde masalah rasanya…;)

Ini graf emas pada hari ini. Nasihat saya kepada diri sendiri, carilah masa yang sesuai untuk beli emas (atau apa2 juga pelaburan).


Emas sedang membuat correction sebelum terus naik?

P.S : Ramai yang menunggu2 masa yang sesuai untuk tapau saham2 kat Bursa Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge