Bila masa yang sesuai? | wakif’s blog

Dalam pelaburan emas
Jika tanya pada ejen emas, bilakah masa yang sesuai untuk membeli emas… jawabnya sekarang adalah waktu yang paling sesuai ataupun bila2 masa2 pun waktu yang sesuai. Kenapa? Anda tahu jawapannya!
Pada saya jawapan tersebut tidak salah, cuma untuk menjadi pelabur yang bijak kita kenalah tahu serba sedikit tentang perkara yang hendak kita lakukan. Kena kenal pasti juga tujuan pelaburan tersebut sama ada untuk jangka masa pendek, sederhana atau panjang.

Satu lagi sebab kenapa kita perlu tahu masa yang sesuai adalah untuk memaksimumkan keuntungan yang bakal kita perolehi.

Cuba lihat gambar dibawah.
Simple Technical Analysis
Dalam kes ini, saya cadangkan untuk beli emas pada support level iaitu sepanjang garisan biru. Lagipun RSI indicator menunjukkan harga emas sekarang sudah overbought dan secara teorinya ia bakal membuat correction sebelum terus naik (sebab orang kata harga emas ni akan terus naik… saya no comment).

 

Dalam pelaburan unit trust atau saham amanah
Jika ditanya soalan yang sama, anda akan mendapat jawapan yang sama seperti diatas. Kenapa? Anda memang tahu jawapannya. Dibawah ini adalah logiknya.
Tahu apa itu konsep Dollar Cost Averaging (DCA)? Ia merupakan satu teknik dimana kita membeli saham (atau apa2 pelaburan pun) pada kadar yang tetap (cth : RM100 sebulan) mengikut jadual tertentu (cth : setiap bulan/hari).
Contoh : Anda memperuntukkan RM100 setiap bulan untuk membeli saham amanah. Pada bulan pertama harga se-unit saham amanah tersebut adalah RM1.00, ini bermakna anda akan mendapat 100 unit saham tersebut. Pada bulan ke-2 katalah harga telah berkurang menjadi RM0.50 se-unit dan ini bermakna anda telah mendapat 200 unit saham. Kemudian pada bulan ke-3 katalah harga telah menjadi RM1.50 se-unit, maka anda telah mendapat sebanyak 66 unit saham.
Secara keseluruhannya anda telah mendapat sebanyak 366 unit saham dengan harga purata RM0.82 se-unit. Untuk pelaburan jangka panjang memang boleh untung.
 
Tetapi ada juga orang mengatakan teknik ini adalah untuk orang yang kurang bijak. Kenapa? jika anda seorang yang bijak anda mesti tahu macam mana nak sell high dan buy low.
Disclaimer : Saya tak kata orang itu kurang bijak jika guna DCA, ia banyak bergantung kepada strategi pelaburan. Boleh baca dengan lebih lanjut di : DCA is stupid?

Dalam pelaburan hartanah

 
Jika soalan yang sama juga ditujukan kepada ejen hartanah, anda juga akan mendapat jawapan yang sama. Tetapi saya cenderung untuk bersetuju dalam kes ini. Kenapa? Ini kerana dalam pelaburan hartanah, anda masih boleh mendapat deal yang bagus walaupun dalam persekitaran harga pasaran yang tinggi.

Ini kerana harga hartanah tersebut bergantung kepada persetujuaan antara penjual dan juga pembeli. Situasi ini tidak berlaku dalam kes saham amanah. Kita masih boleh mendapat deal yang bagus disebabkan oleh berbagai faktor seperti desperate sellers dan auction units.

P.S : Ada ke orang nak jual emas 20-30% dari harga pasaran? desperate sellers? boleh hubungi saya di blog ini jika ada…;)

4 thoughts on “Bila masa yang sesuai? | wakif’s blog

  1. noreply@blogger.com'JuRi

    Betul tu bro. DCA memang bagus, tapi kalau buat DCA sekali ngan timing (beli waktu support point) tu memang akan menambah untung lah! On the other hand, kalau buat DCA, tapi everytime beli waktu peak je macamana? Sikit untung maaa…

    P/S: sometimes ada org tolak emas harga murah (esp desperate seller yg tolak stock2 lama).

    Reply
  2. noreply@blogger.com'ChampDog

    Hi Wakif, Thanks for the link. :) Good article on explaining the DCA is different scenarios. It is very true about the property investment, that you may get cheaper or higher price than the market value. All depends on the seller and buyer! Nice article!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge