duti-setem

kerja seorang landlord – bayar duti setem | wakif’s blog

Sekarang baru boleh experience bagaimana menjadi seorang landlord. Last week pergi jumpa Tenant untuk dapatkan tanda tangan pada Tenancy Agreement (TA) dan juga collect duit deposit. Hari ni pula ke LHDN untuk membayar duti setem untuk TA tersebut… baru aku tahu rupanya duti setem ni taklah mahal mana pun.
Hari ni juga baru aku tahu cara nak kira duti setem yang perlu dibayar. Caranya adalah seperti berikut: 
1. Annual rental yang tidak melebihi RM2,400 tidak dikenakan duti setem.
2. Bagi annual rental yang melebihi RM2,400, duti setem adalah RM1 untuk setiap RM250 (1 tahun agreement)
3. Untuk agreement selama 2-3 tahun, duti setem yang dikenakan adalah RM2 untuk setiap RM250.
4. Manakala untuk agreement melebihi 4 tahun, RM4 dikenakan untuk setiap RM250. 
Contoh sebenar:
Rental sebulan = RM600
Rental setahun = RM7,200
Jumlah yang dikenakan duti setem (melebihi RM2,400) = RM7,200 – RM2,400 = RM4,800
Jumlah duti setem yang perlu dibayar (untuk setahun) : RM4,800/RM250 = RM19.20 = RM20 (dibundarkan kepada ringgit yang terdekat)
Note: RM10 dikenakan untuk setiap copy.
Kenapa perlu bayar duti setem?
1. Supaya TA boleh diterima pakai oleh pihak bank sebagai bukti additional income (perlu disertakan sekali bank statement)
2. Supaya TA boleh dijadikan bukti di mahkamah jika ada dispute
Tujuan utama aku adalah supaya TA menjadi bukti additional income yang mana boleh membantu permohonan loan aku yang seterusnya.

3 thoughts on “kerja seorang landlord – bayar duti setem | wakif’s blog

  1. noreply@blogger.com'nUmara...

    as salam…
    selain drpd boleh declare, bagus untuk sebarang dispute mase depan.. tenant pon takut nk buat onar sbb terikat dgn kontrak…
    good job bro!
    wish u’ll be a great landlord and will getting good tenants too!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge