myvi-1.5

myvi 1.5 baru atau rumah 150k baru? | wakif’s blog

Kalau ikutkan memang dah lama tunggu Myvi 1.5 baru. Tapi bila dah keluar rasa macam nak rilek dulu… walaupun orang rumah dah tidur termimpi2 Myvi 1.5 extreme baru… hahaha.
nampak macam serasi jer…;)
Kalau ikut logik akal dan dari sudut pelaburan: 
1. Buat apa nak beli kereta Myvi 1.5 baru, kereta Viva 850 yang ada pun masih baru… tahun 2008, lepas tu baru saja tukar bumper depan.
2. Inikan kereta ke-2 buat apa nak yang ganas2, setakat bawa pergi pasar… hantar dan ambil anak sekolah jer pun…
3. Lepas tu kena bayar bulan2 RM600++, kalau ambil rumah berharga RM100k pun bayaran bulan2 pun hampir sama… rumah boleh generate income lagi.
Kalau tengok dari sudut emosi pula:
1. Kereta Viva 850 tu tak berapa selamatlah… bagi isteri bawak (time aku pergi KL jer), tak sayang bini ke?

2. Alahh RM600++ jer sebulan… mampu lagi tu.

3. Jiran belakang rumah pun dah tukar kereta lama ke Myvi 1.5 baru… tercabar ni.

4. Bila lagi nak ‘enjoy‘… time mampu ni lah nak merasa…

Hahaha… pertembungan emosi dan logik akal dari sudut pelaburan. So what’s next?
Untuk sedapkan hati isteri dan diri sendiri… aku letak target kena tambah rumah lagi sebuah baru boleh angkat ini Myvi 1.5… hahaha padan muka aku. 
Masa yang akan menentukan.

7 thoughts on “myvi 1.5 baru atau rumah 150k baru? | wakif’s blog

  1. noreply@blogger.com'Farid Adam

    Memang susah kalau ada pertembungan macam tu..boleh buat takut kepala. Tapi bila fikirkan balik, nak tambah aset ke, nak tambah liabiliti? Lepas tu, baru la tenang sikit…

    Reply
  2. noreply@blogger.com'wakif

    biasanye emosi akan menang..;) tapi boleh gunakan emosi juga untuk tambah asset… sebab tu kena letak pre-condition belii rumah dulu, baru beli kereta…

    p/s : pahni kena pikir warna putih ke warna kuning… mmmm

    Reply
  3. noreply@blogger.com'nUmara...

    make a wise decision boh!!! hehe…

    baek beli rumoh lu.. doh generate income situ, baru beli kete… then, realitinya bayor 2 mende lam 1 mase, tapi sbenornye tanggung liabiliti untuk se mende je.. 😀
    selamat….!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge