tenancy-agreement

Urus Sendiri atau Guna Ejen? | wakif’s blog

Bermula Oktober 2011, ‘terpaksa‘ aku take over urusan rumah sewa aku di Puchong. Kalau ikutkan ini adalah pilihan aku yang terakhir yang juga merupakan sebahagian dari Plan C aku.
Menguruskan rumah sewa sendiri sebenarnya dapat memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan hartanah. Apa tidaknya, kebiasaannya ejen akan mengenakan cas sebanyak 70% atau sebulan sewa dan 10% untuk kos pengurusan setiap bulan.
bukan susah pun nak buat TA…
Manakala kelebihan utama menggunakan khidmat ejen pula adalah dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Sebagai contoh dalam urusan untuk mendapatkan penyewa, dalam 5 orang yang buat appointment untuk tengok rumah, belum tentu ada sorang yang akan confirm. Ditambah lagi dengan kerenah pengurusan rumah tersebut seperti membaiki kerosakan seperti lampu terbakar, pili air tercabut, kipas rosak, etc.

So, biar mereka yang pakar untuk mengendalikannya – biasanya ejen2 ni dah ada geng2 handy manny untuk kerja2 tersebut. So tidak menjadi masalah untuk merekan.
Tambahan pula aku mengamalkan konsep time value of money.

Walaupun mungkin suatu hari nanti bila aku dah jadi seorang pelabur profesional, InsyaAllah aku akan tetap memilih untuk menggunakan khidmat ejen2 untuk menguruskan rumah2 sewa.

Anda bagaimana?

4 thoughts on “Urus Sendiri atau Guna Ejen? | wakif’s blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge