bonda

I have found my lost soul! | wakif’s blog

Hari ini 6/11 jam 9.30 pagi, 33 tahun lepas aku dilahirkan di muka bumi ini dengan hanya seberat 2.9 kg di Kampung Padang Embun, Pasir Mas, Kelantan. Hari ini juga 6/11/2011 seluruh umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha.
Selamat Hari Raya Aidiladha aku ucapkan kepada semua kawan2 dan pembaca blog ini.
November 2011 juga bermakna aku dah kembali masuk pejabat di Paka, setelah hampir 7 bulan berada di Kuala Lumpur. Sesungguhnya banyak pengalaman yang aku perolehi disana, yang tidak aku perolehi sepanjang 9 tahun di Paka. Banyak yang tidak dapat aku ceritakan disini… pengalaman baik dan juga pengalaman ‘jahat’.
Pada usia 33 tahun ini juga, aku menemui sesuatu. Dalam kehidupan dan juga dalam pekerjaan. Sekarang aku merasakan bahawa aku bekerja dengan ‘lebih’ ikhlas, tiada lagi walau sedikit pun perasaan untuk impresskan somebody di pejabat… GM, SGM hatta CEO sekalipun. Aku bekerja kerana aku ingin bekerja… aku bekerja bukan untuk gaji semata2… aku bekerja bukan untuk PPA semata2… aku bekerja dengan memberikan yang terbaik mengikut kemampuan aku.

Dalam kehidupan aku merasakan sesuatu yang lebih positif. Tetapi aku tidak berniat untuk coretkan disini.

Ini bukan bermakna aku telah mencapai financial freedom, tetapi dengan adanya blog ini, sedikit sebanyak telah membantu aku menuju kearah tersebut. Sesungguhnya aku masih mempunyai baki 2 tahun dalam pelan 5 tahun aku (2009 -2013). InsyaAllah 2 tahun daripada sekarang, apabila bangun dari tidur aku akan mempunyai 2 pilihan… pergi kerja atau buat apa yang aku suka. Atau pergi buat kerja yang aku suka..;)
Bonda, terima kasih kerana melahirkan aku…
Aku juga ingin mengucapkan terima kasih pada isteri tersayang kerana sentiasa teguh bersama aku selama ini, diwaktu susah dan juga diwaktu senang. Pada Wanis & Wakif kerana sentiasa memahami kerja Abah ini. Dan juga terima kasih untuk kek ini.
 
tQ NaNa, WaNIs & WaKiF
p/s : tQ juga pada kawan2 yang doakan aku.

9 thoughts on “I have found my lost soul! | wakif’s blog

  1. noreply@blogger.com'nUmara...

    eh la… ari tu da bc ni.. x wish plok.. jadi silent reader jah..ekekeke.. :p

    scorpio guy! zhu ni shengri kuaile!!!
    semoga apa yg dihajati, diimpikan, diusahakan membuahkan hasil dan dipermudahkan jalan olehNYA, seterusnya ditetapkan iman pada jalanNYA dengan apa yg tercapai kini dan masa depan.. insyaALLAH…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge