passport

Kemana Arah Tuju Kita? | wakif’s blog

Ini semua gara2 Azam 2011 aku. Kalau tak sampai sekarang mungkin diorang ni takde passport…;) itulah orang kata power of dreams (mimpi pun kira azam jugala tu). Dalam bidang hartanah pun begitu juga… kalau aku tak letakkan Azam nak beli rumah… aku rasa sampai sekarang aku tak ‘berumah tangga‘ di KL.
Last weekend (Ahad) aku ambil cuti untuk pergi ke pejabat Imigresen, untuk buat passport NaNa, Wanis dan juga Wakif. Kos untuk passport untuk kanak2 hanya RM150 (separuh harga) untuk 5 tahun… manakala untuk orang dewasa RM100 untuk 2 tahun atau RM300 untuk 5 tahun. Untuk siapkan passport hanya mengambil masa 1 jam.
passport dah ready… kemana?
Bagi aku tak kisahlah nak berazam tahun masihi ke tahun hijrah ke yang penting kena tetapkan Azam. Bagi aku, azam ni lebih kepada mimpi, matlamat yang sukar dicapai – yelah macam mana nak capai matlamat 3 biji rumah lagi dalam masa sebulan lebih kan? hahaha.
p/s : Selamat menyambut Maal Hijrah 1433H.

2 thoughts on “Kemana Arah Tuju Kita? | wakif’s blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge