korban

Korban : Adat atau Ibadat | wakif’s blog

Masih dalam mood Hari Raya Korban.

Dialog yang biasa aku dengar apabila menjelang Hari Raya Korban :

“Nak2 tahun nok rebe… nok tujok ko’ re ko? nok tujok kito ni banyok pitih?”
sedang bahagi2kan daging korban
Bagi aku mudah jer, soal ibadat hanya kita dengan Allah.. sah ataupun tidak, ikhlas atau pun tidak tak perlulah kita sebagai manusia ni nak pertikaikan. Itu bukan hak kita. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui.
Doa aku kepada orang yang mengungkapkan kata2 tersebut:
Masih berkenaan isu ini. Aku juga nak kongsikan tentang perdebatan aku dengan seorang sahabat di facebook. Ia berkaitan dengan gambar ini. Ia dipost juga oleh seorang sahabat.
Unedited version :
Aku : Tak payah kita nak pertikai kelebihan yang Allah beri pada DSN… Sesungguhya itu rumah Allah… Allah lebih mengetahui akan tetamu2nya. Tak perlu nak dipolitikkan… Wallau’alam.
Sahabat : Kenapa pak jib ambil masa ditawarkan kelebihan tu, tapi pak ahmad tak ambil, apa yg membezakan pak jib dan pak mat?
Aku : kalau DSN terima tawaran tersebut apa isunya? ibadat haji beliau tidak diterima Allah?
Sahabat : Adakah sama ganjaran mereka yg berjalan menuju ke masjid di malam yg gelap gelita dgn mereka yg berjalan menuju masjid di bawah cahaya bulan yg terang benderang? Sila fikir lagi…
Aku : cuba jangan hanya lihat sesuatu dari sudut politik… jangan semua benda hendak dipolitikkan…
Sahabat : Adakah statement tersebut bermaksud cuba memisahkan politik dgn agama? Politik duduk dlm agama, agama lg besar pada politik, so tak ada isu semua menda nak dipolitikkan…cuba berfikir dr sudut agama…
Aku : jawapan yang bagus..;) sapa kata politik suku agama suku… kuffar… full stop. Jom berfikir dari sudut agama… apa salah DSN dalam gambar tu? dan mari kita fikir kenapa gambar tu dibuat? siapa yang buat? apa tujuan dia? tapi janganlah kita yang berjuang dalam perjuangan Islam di’main’kan oleh ‘rakan’ kita dalam pakatan… sehingga semua isu hanya dilihat dari sudut itu sahaja… sehingga tiada satu pun yang dibuat oleh kerajaan sekarang atau UMNO adalah baik… sekarang cuba lihat gambar pak ahmad yang ini pula : http://novandri.blogspot.com/2011/11/untuk-pro-bn-sahaja-ada-yang-tidak-kena.html macam mana?
Kredit : novandri.blogspot.com
Sahabat : Senyap (the end)
     
Aku tak mahu ulas panjang2 lagi cuma sedikit peringatan untuk aku, dalam keghairahan kita menyokong pejuangan Islam… janganlah sampai kita dipergunakan oleh musuh2 Islam itu sendiri. Jangan kita menjadi sokong membawa rebah.

P.s : Tahun ni aku tak rebe… cuma pengorbanan dalam bentuk yang lain.

2 thoughts on “Korban : Adat atau Ibadat | wakif’s blog

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge