2012

Azam 2012 | wakif’s blog

Azam 2012 aku merupakan kesinambungan Azam 2010 dan Azam 2011.
picture courtesy google
Azam#1 – Spiritual
Mahu tingkatkan solat berjemaah selain meningkatkan kadar bacaan Al-Qur’an berserta dengan terjemahan. Azam 2011 telah memberikan aku rutin hidup yang baru, Alhamdulillah.
Azam#2 – Healthy Life Style
Golf? secara keseluruhan skill aku dalam bidang ni tak improve mana pun… apa taknya tahun 2011 boleh kira berapa kali jer aku main. Itupun majoriti main dalam kejohanan (monthly medal) yang yang dianjurkan oleh pihak syarikat, Alhamdulillah dapat juga merasa hadiah kemenangan (voucher) setiap kali main.
Azam#3 – Career
Last year aku ada sebut tahun 2011 adalah tahun yang aku tunggu2. Mungkin disebabkan pengalaman baru dalam kerjaya aku kot. Tahun 2011 menyaksikan 2 kali aku ke negara matahari terbit untuk urusan kerja.
Tahun 2012 aku bercadang nak sambung belajar. Semuanya kerana teguran dan nasihat seorang kawan… kalau ikutkan aku sekarang malas dah nak belajar tambah2 pula dah masuk dalam zon yang agak selesa, at least untuk 2-3 tahun lagi. Tapi ada seorang kawan tanya aku kenapa tak nak sambung belajar, aku jawab malas dah… dia pun mula bagi ceramah kat aku…. awak ni muda lagi, bla bla bla…. hensem lagi…;)
Tetiba aku terfikir, betul jugak… then aku decide nak sambung belajar.
*sambung belajar bukan bermaksud nak masuk U balik… cuma nak dapatkan sijil profesional.
Azam#4 – Family
Percutian menaiki kapal terbang? InsyaAllah tahun 2012 akan jadi kenyataan… dah ada perancangan untuk ini. Walaupun Tahun 2011 tak tercapai hajat nak bawa family naik kapal terbang… tetapi telah berjaya bawa family ke oversea… hihi Singapura je pun.
Azam#5 – Financial
Mahu tambah rumah lagi. Target 3+1 tahun 2011 memang tak tercapai… hanya dapat 1 sahaja. Kalau ikut kemampuan memang mampu tambah lagi tapi aku decide tak nak ambil risk banyak sangat. Sebelum ni ada masalah rumah sewa.
Tahun 2012, InsyaAllah aku akan tambah lagi… juga 3+1 dan akan bermula seawal tahun 2012.
Selain dari rumah, aku juga akan mula melabur di Bursa Malaysia secara terus… mungkin melalui CIMBClicks atau Maybank2u atau OSK188 since aku dah ada akaun kat situ.
Emas? tengok dulu.

p/s : semoga azam2 aku ni tercapai… Aminn!

7 thoughts on “Azam 2012 | wakif’s blog

  1. noreply@blogger.com'Latiffi-Nurdalila

    selamat berusaha. tambah jugak la azam utk selalu update blog. banyak benda sudah saya belajar dari blog ni. terutama bab2 property.

    cerita lah apa masalah rumah sewa tu. teringin nak tahu sbb y sy baca2, bro wakif ni handle rumah sewa secara jarak jauh. kagum sebenarnya. hehe =)

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge